Headlines News :
Home » » Airmata DI Bumi Memali - Siri 1

Airmata DI Bumi Memali - Siri 1

Written By petang hot on Ahad, 26 Mei 2013 | 4:42 PG

Cerita Dalam Kereta-

Pertengahan tahun 1999,selepas ceramahdi Pusat Tarbiah PAS Taman Melewar,Mohamad Sabu meminta saya mengikutinya.Kemana,tak diberi tahu,Saya mulanya enggan kerana sedang mengemas barang-barang jualan di tapak ceramah itu.Memandangkan dia serius,seperti ada hal penting,Saya tinggalkan urusan barang-barang itu kepada sahabat,saudara Shukri Hj.Musa atau glamornya Awang,saya tak ingat siapa lagi, selain Abu Bakar Rashid atau glamor Abu Bakar hulk,yang turut berada dalam kereta itu.
Mat Sabu yang saya panggil abang Mat tidak beritahu kemana saya dibawa.Nampaknya kereta itu menuju kearah Petaling Jaya.

Mengikutnya sudah lama dia ingin bertanya sesuatu pada saya.Berkaitan isu tabung Memali dan juga isu antara saya dengan Yusof Husin.Saya tidak Tanya apa tujuanya,kerana saya amat berminat untuk memberi tahu siapa sahaja pemimpin tertinggi PAS akan perkembangan Madrasah Islahiah Diniah,Kg Memali.

Apa yang saya ceritakan pada Mat Sabu malam itu,terutamanya tentang salahlaku Yusof Husin,hampir sama dengan laporan tersebut.Mat Sabu AJK PAS pusat dengar maklumat dari saya dengan penuh kusyuk.

Saya juga begitu ghairah bercerita tanpa sedar yang kami telah melepasi Petaling Jaya dan menuju ke Shah Alam.Cerita saya tergantung sementara apabila kereta itu berhenti di hadapan rumah Mat Sabu,Seksyen 19,Saya kenal rumah itu,sebab saya pernah tidur di rumah tersebut.Rupanya dia buat jamuan untuk kawan-kawan lebih kurang 15 orang.

Tak lama di rumahnya.Siap makan kami bergerak semula ke Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan itu kisah Memali disambung semula.Hampir jam tiga kami sampai.di Taman Melewar.Mat Sabu sempat mengucapkan terima kasih atas kerjasama saya memberi maklumat padanya.saya pesan padanya agar dia lakukan sesuatu untuk matlamat Madrasah Islahiah Diniah dan perjuangan As syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Sementara saya bersama  Awang,bertolak pulang ke Memali.Entah kenapa malam itu mata saya tidak mengatuk,badanpun tidak penat seperti selalu.Mungkin terasa puas kerana hajat untuk untuk meluahkan perasaan berkaitan isu Madrasah Islahiah Diniah dan Yusof Husin kepada pemimpin sudah terlaksana.

Biasanya setiap kali mengemaskan barang-barang jualan selepas ceramah,badan cukup letih untuk menerus perjalanan pulang.Kerap kali akan berhenti tidur diperhentian lebuhraya.

Mat Sabu bukan saja sumber ekonomi kepada pengajur ceramah,juga kepada kami para peniaga  di tempat ceramahnya.Kehadiran peminatnya tidak kurang dari tiga ribu orang,Setengah tempat di Kedah,lebih dari sepuluh ribu hadirin.Sebab itu tidak hairanlah kalau para peniaga ditempat ceramah akan mengikut program ceramah Mat Sabu dimana juga.

Saya sendiri,selain dari kawasan utara tanah air,pernah mengikuti programnya hingga ke Kuantan,Melaka.dan Muar.Kuala Lumpur dah jadi macam rumah tangga sendiri.Itulah aktiviti Saya sejak tahun 1997 sehingga tahun 2000 sebelum ditahan ISA selama lima tahun dua bulan.

Serba sedikit isu Memali ini pernah saya berbual dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri.Ianya berkaitan wang balu-balu syuhada sebanyak RM 30,000 yang dilaburkan kedalam Koperasi Al-Hilal,saya ingin tahu kenapa wang pelaburani itu yang dulunya atas nama pengerusi,setiausaha dan bendahari Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah,berpindah nama kepada saya seorang.Isu ini telah menjadi fitnah terhadap saya yang dicanangkan oleh Yusof Husin kepada Presiden,Allahyarham Ustaz Fadzil Nor,Ustaz Hasan mengaku yang dia tidak tahu kenapa boleh jadi begitu.Saya di minta merujuk kepada orang yang bertanggungjawab,saudara Hazrin.

saya pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan Madrasah Islahiah dan juga Bangkel Jahitan Memali, Allahyarham menesihati saya  agar jangan berbuat begitu,kerana tak ada orang yang boleh mengambil tugas menguruskan  Koperasi Madrasah Islahiah Diniah dan juga bengkel jahitan itu.

Kalau saya berhenti juga ,dia pasti kedua-dua perojek itu  akan tutup.Allahyarham juga  mengingatkan saya agar berhati-hati dalam menghadapi krisis dengan Yusuf Husin.Dalam pengalamanya menghadapi beberapa kes yang sama sebelum ini,akhirnya orang yang ada jawatan atau paling rapat dengan pemimpin akan selamat.

"Dalam kes anta ini, ana tahu siapa betul,sapa salah,Macamanapun anta kena faham,anta sekarang ni bukan gaduh dengan Yusuf Husin tapi di anggap lawan Parti.Tak mustahil satu hari anta kena pecat .Ana dah masak sangat kes-kes macam ni."itulah antara kata-kata alahyarham yang masih saya ingat"

Apa yang disebut oleh Allahyarham Ustaz Hassan itu,benar-benar berlaku.Lima minggu sebelum ditahan bawah ISA.saya menerima surat dari Pejabat Agong PAS Pusat,bahawa saya dipecat keahlian dari ahli PAS,Saya tidak sedih,kerana telah menduga pekara ini akan berlaku.

Cuma saya amat sedih bila teringatkan antara tulisan Sheikh Yusuf Qardawi yang memberi  amaran kepada mana-mana pimpinan  gerakan Islam,agar berhati-hati dalam mengambil sebarang tindakan memecat keahlian seorang anggota jemaah Islam.

Mengikutnya adalah satu kesalahan besar memecat anggota  jemaah gerakan Islam,kerana ia merupakan antara tentera Allah yang berjuang untuk agama Allah dengan pemecatan itu menyebabkan ibadatnya terhadap perjuangan Islam terhalang Kecuali pemecatan itu dilakukan mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.

Saya tidak mahu mengatakan bahawa pemecatan saya ini satu dosa besar terhadap pimpinan Pas,Saya mahu mengajak anda membuat nilaian sendiri setelah mengikuti pendedahan yang akan di paparkan nanti,saya tidak marah pada keputusan yang dibuat kerana saya sedar Ajk Disiplin parti menerima tekanan dari pihak tertentu.

Siapa pihak tertentu itu,anda akan tahu setelah bersabar membaca kisah seterusnya.

Apa yang telah saya ceritakan tentang perkembangan Madrasah Islahiah,Yusuf Husin,tabung mangsa Memali pada Mat Sabu?Ikutilah satu persatu.Semoga memberi manfaat pada semua pihak yang boleh dijadikan muhasabah diri masing-masing.

Saya bertanggungjawab isi kandung pendedahan ini dengan penuh sedar tindakan ini diperhati oleh para malaikat yang akan kembali memberi laporan pada Allah yang lebih mengetahui.

Bersambung siri 2.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger