Headlines News :
Home » » Asal Usul dan Tradisi Pesta Kaamatan

Asal Usul dan Tradisi Pesta Kaamatan

Written By petang hot on Rabu, 26 Jun 2013 | 11:20 PG



Ramai yang tahu tentang perayaan Pesta Kaamatan yang disambut oleh masyarakat Kadazan-dusun di Sabah, maka ramailah antara kita yang mengucapkan Selamat Hari Kaamatan kepada rakan-rakan kita yang meraikannya di Sabah. Sepanjang bulan Mei lepas, kita nampak ramai pengguna-pengguna media sosial yang menyampaikan ucapan ini kepada rakan-rakan mereka. Namun, sejauh manakah pengetahuan kita, sebagai rakyat Malaysia, tentang sejarah dan tradisi yang telah diamalkan sekian lama oleh rakan-rakan kita dari keturunan Kadazan-dusun?
Pada hari ini, masyarakat Kadazan-dusun menganuti pelbagai agama terutamanya Islam dan Kristian. Namun, dahulu kala masyarakat Kadazan-dusun menganut agama animisme. Walaupun masyarakat ini telah menerima agama-agama baru, namun tradisi mereka masih dikekalkan hingga ke hari ini.
Pesta Kaamatan sebenarnya adalah pesta penuaian padi yang juga dianggap sebagai Hari Kesyukuran. Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan “Magavau” merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.
Kampung Luantu, Sabah
Kampung Luantu, Sabah
Perayaan “Magavau” ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Permainan GongGong
Menurut cerita lisan, Kinoingan (Tuhan) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun dari kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka ini. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya.
Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama “Bambazon.”
Menarik bukan?
Pengalaman menyambut Pesta Kaamatan di Sabah telah difilemkan dalam 2 daripada 12 webisodes yang akan disiarkan tidak lama lagi. Rancangan yang dihoskan oleh penari selebriti Pamela Chong (adik kepada Vince Chong!) ini memaparkan budaya serta tradisi pesta-pesta menuai seperti Gawai dan Kaamatan yang diraikan di Sabah dan Sarawak. Episod Pertama dan Kedua membawa kita ke Sabah di mana kita boleh belajar secara dekat lagi tentang sejarah, budaya dan tradisi masyarakat Kadazandusun.

Unduk Ngadau – Pertandingan Ratu Cantik
ratucantik
Walaupun masyarakat Kadazan-dusun hari ini telah menganut agama Kristian dan Islam, namun upacara Bambaazon masih lagi diperingati. Hari ini, masyarakat Kadazandusun yang beragama Kristian dan Islam mengambil kesempatan dari Pesta Kaamatan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta menunjukkan rasa kesyukuran terhadap rezeki yang dianugerahkan kepada mereka.
Kita bersyukur dapat hidup dalam negara Malaysia yang dipenuhi masyarakat pelbagai budaya, tradisi dan agama. Ikuti video yang memperkenalkan Pesta Keamatan ini secara bersiri di sinihttp://www.youtube.com/watch?v=u4B3KrO_rbk
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger