Headlines News :
Home » » Adengan ranjang artis dalam mencari cinta

Adengan ranjang artis dalam mencari cinta

Written By petang hot on Selasa, 28 Mei 2013 | 12:07 PG


Judul: Mencari Cinta
Pengarah : Shirin Hj Khuzaimi (fdam)
Penerbit
Khairul Anuar Zainal Kadri (Armnet Integrated Sdn Bhd)
Pelakon : Nora Danish, Rusdi Ramli, Mahmud Ali Basha, Connie Ahmad, Fouziah Gous
Genre: Romantik
Tarikh Mula Tayang: 25 April 2013
Ulasan oleh ‘Afi Mi’mar
Sekali Imbas
Perkahwinan aturan keluarga menjadi permulaan bait-bait cinta antara Myra dan Razlan. Menampilkan jalan cerita yang seringkali kita tonton dengan suntikan elemen yang lebih menonjolkan babak-babak melibatkan hubungan intim suami dan isteri.
Filem ini mungkin mengundang nostalgia bagi pasangan penonton yang berkahwin dengan cara ini. Tetapi kemanisan dalam hubungan seperti hilang apabila dibayangi aksi ranjang yang lebih kuat.
Ulasan Penuh
Mencari Cinta lebih berbaur erotik dari romantis. Babak intim gandingan kontras Myra dan Razlan menjadi hidangan utama filem dengan lagak yang natural dan ada kalanya mencuit hati.
Susunan plot pula sudah dapat diteka penonton di mana klimaks dan twist tidak begitu berkesan namun penelitian dari segi kesinambungan dan lain-lain dilihat agak kemas.
Karektor juga dilihat mengekalkan sifat yang digambarkan penulis. Contohnya Myra seorang gadis bandar yang berpelajaran, berkuasa dan keras kepala ia tidak berubah sepanjang watak itu dilakonkan.
Begitu juga Rusdi Ramli yang membawakan watak Razlan, anak muda dari kampung yang juga berpelajaran tetapi memilih cara hidup seperti di kampung walaupun telah tinggal di bandar.
Cuma, adegan tanggal baju oleh Razlan sebanyak 5 kali sepanjang filem ini agak melebih dan hilang relevannya.
Andai dikatakan adegan ini hendak menampakkan yang si Razlan ini orang kampung, tidak boleh juga. Kerana babak-babak lain memaparkan kekampungan si Razlan adalah memadai.
Isi dan pengolahan cerita, mungkin agak kurang memuaskan. Isu-isu lain dalam berumah tangga tidak mendapat tonjolan.
Romantis bagi pengarah, mungkin hanya tertumpu di ranjang dan tidak tersampai dalam aspek lain.
Mungkin boleh diperlihatkan akan romantis itu dalam cara Myra dan Razlan terjumpa cinta oleh karakter atau personaliti masing-masing selain beraksi mesra.
Filem yang dipromosikan bersandar hadis, dengan slogan “Iman seseorang itu tidak sempurna sebelum dia berkahwin. Dan perkahwinan adalah penyempurnaan separuh daripada iman;” ini kurang menyengat dari segi tuntutan penyempurnaan iman oleh kedua-dua belah pihak. Baik si suami, mahupun si isteri.
Tidak terkesan akan ruang peluang beribadah yang ditawarkan oleh agama dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.
Lafaz hadis adalah seperti berikut; Dari Anas bin Malik, ia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
“Apabila seseorang bernikah, maka sungguhnya dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya.” (Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi).
Corak nada kisah cinta lama bekas kekasih dengan pasangan masing-masing adalah ringkas dan tidak diceritakan lebih lanjut. Mungkin akan didedahkan dalam drama bersiri nanti (mungkin).
Di dalam filem, ianya kurang terkesan akan kehadiran Malek dan Mila yang menjadi ancaman kepada pasangan Myra dan Razlan.
Akhir kata, Mencari Cinta dihiasi gelagat comel Myra yang jika ditatap dengan nafsu, pasti akan membangkitkan rasa berahi lelaki.
Sinopsis
Cerita ini berkisarkan Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi di saat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain.
Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan. Ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.
Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampung yang begitu dedikasi dan amanah pada orang tua yang mengusahakan ladang ternakan telah diputuskan oleh tunangnya Mila kerana ingin melanjutkan pelajarannya.
Walau bagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa dia dan Mila tiada jodoh.
Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea meminta pertolongan Ramlah isteri kepada arwah abang angkatnya iaitu ibu Razlan.
Tujuan awal beliau memang hendak Myra dengan Razlan berkahwin sekiranya Myra tiada pilihan sendiri.
Namun latar belakang Myra dan Razlan berbeza kerana Razlan dibesarkan cara kampung manakala Myra pula moden cara pemikirannya.
Jodoh telah memukan Myra dan Razlan. Di sini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Rima Alliq
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger