Headlines News :
Home » » 13 pakar penyelam bantu usaha apungkan bot

13 pakar penyelam bantu usaha apungkan bot

Written By petang hot on Selasa, 11 Jun 2013 | 2:05 PG

Bot karam
KUCHING - Seramai 13 pakar penyelam polis yang sedang bertugas di beberapa lokasi lain dijangka dipanggil bagi membantu usaha menarik dan mengapungkan bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Giam Bungan, dekat Belaga pada 28 Mei lepas.
   
Penolong Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak Mejar Mohd Yusni Abu Bakar berkata khidmat penyelam luar negara juga dilihat antara pilihan bagi membantu usaha mengapungkan bot karam berkenaan.
   
"Itu adalah antara dua pilihan yang dibuat pada mesyuarat teknikal operasi mencari dan menyelamat yang diadakan hari ini.
   
"Bagaimanapun, keputusan akhir kaedah yang menjadi pilihan akan diputus dan diumum oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Tan Sri Alfred Jabu selepas saya menyediakan memo kepada beliau esok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Wisma Bapa Malaysia hari ini.
   
Mengulas lanjut, Mohd Yusni berkata MKN sudah mengambil alih pelaksanaan operasi dan akan menyelaras semua agensi berkaitan bagi mengumpul semua aset dalam membantu usaha mengapungkan bot itu.

Antara agensi yang dikoordinasi MKN adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, polis serta Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).
   
"MKN membuat koordinasi antara agensi persekutuan dan negeri untuk mendapatkan semua aset sedia ada, selain itu kita cuba berbincang untuk tentukan bagaimana kaedah terbaik untuk menarik bot bagi memastikan masih ada atau tidak mangsa terperangkap di dalam bot itu," katanya.
   
Beliau berkata mesyuarat turut membincangkan masalah pasukan penyelam sedia ada yang terpaksa berdepan arus deras Sungai Rajang dan penglihatan kabur dalam air.
   
"Sekarang kita memberi tumpuan kepada masalah penyelam yang masih gagal meletakkan cangkuk kerana arus deras, oleh itu, pada mesyuarat hari ini, kita juga telah minta pelan bot daripada LSS untuk menentukan titik kukuh pada bot itu sebelum kita teruskan usaha mengapungkan," katanya. - Bernama
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger