Headlines News :
Home » » ADANYA PAKATAN RAKYAT ,RAKYAT DAPAT BR1M

ADANYA PAKATAN RAKYAT ,RAKYAT DAPAT BR1M

Written By petang hot on Rabu, 5 Jun 2013 | 1:52 PG


Persepsi dengan politik tidak dapat dipisahkan seumpama bunga mentaati titah tuhan,maka buga menebar wanginya tidak kira waktu,malam atau siang,dingin atau panas suka atau tidak makhluk tetap menghidunya selagi nafas dihela

Begitulah juga dengan persepsi dalam politik sepanjang usia dunia selagi kiamat belum tiba,mahu atau tidak manusia terpaksa juga mendengarnya  dan akhirnya  bersarang berbenih di fikiran.

Politik persepsi tidak boleh dipisahkan lagi apabila terus merebak dan menjadi buah bicara harian biarpun akal tidak dapat membuktikan kenormalan persepsi  sebaliknya logik pula  memainkan peranan dalam menilai sesuatu persepsi yang di tebarkan.

Hari ini tanda tanya perpunca dari persepsi yang ditebarkan akan menimbulkan satu jawapan berdasarkan logik apabila persoalan,mengapa,kenapa,sebab apa ,kerana apa, menjadi kajian peribadi untuk melahir situasi yang tidak benar menjadi benar atas kelogikan akal manusia yang mahu melahirkan hasil strategi untuk  melemahkan musuh politik.

Memandangkan itu menjadi keutamaan untuk menerjah peluang yang ada maka lahirlah dunia persepsi yang boleh menegelamkan dunia  politik berfakta.

Mungkin sikap kurang bersedia atau tidak menyusun tentera  untuk menangkis persepsi atau menimbulkan persepsi kepada pihak  pembangkang oleh kerajaan yang ber- Perdana Menteri  Datuk Seri Najib menjadikan segala persepsi  yang ditimbulkan oleh pembangkang  sukar di atasi biarpun fakta demi fakta telah di maklum pada rakyat melalui berbagai media,tetapi sampai hari ini sukar untuk memadamkannya kerana virus-virus jahat yang dihasilkan dari pada persepsi telah meresapi minda dan akhirnya fitnah menjadi satu pekara yang benar.

Bagi pihak pembangkang mereka sudah rancang berbulan-bulan lebih awal  bagI persediaan mereka menghadapi  kalah atau menang PRU-13.

Jika dilihat perbuatan Pembangkang  yang tidak menunggu lama untuk menimbulkan perasaan gawat kepada rakyat ,khasnya kepada pentadbiran kerajaan pusat selepas PRU-13 sememangnya  dirancang terlebih awal  dalam dua bentuk strategi,iaitu strategi selepas berjaya menukar kerajaan melalui sistem demokrasi dan jika tidak berjaya membentuk kerajaan.

Apabila berlaku perhimpunan haram ,maka timbulnya pula ucapan-ucapan yang berbau hasutan mengajak rakyat guling kerajaan sebagai mana berlaku dibeberapa buah negara arab.
Untuk menangani isu hasutan maka pihak berkuasa keselamatan menagkap beberapa pemimpin pembangkang dibawah akta yang boleh dijatuhi hukuman  semaksima mungkin  samada denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Apabila ketegasan  pihak menteri yang berkait rapat dengan keselamatan negara,adapula kutu-kutu pembangkang mengatakan rakyat tidak mungkin merapas kerajaan dengan cara kekerasan memandangkan sesuana seperti itu akan menimbulkan hura hara kepada negara,dan mereka mengambil beberapa contoh  yang berlaku di Iraq dimana saat itu wang ringgit berjuta  dolar berterabur di atas jalan sudah tidak dipedulikan memandangkan saat itu tiada lagi tempat yang mereka boleh berbelanja.

Pembangkang juga melihat sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan Pusat  untuk rakyat adalah seumpama memberi peluru pada mereka.Sebagai contoh yang boleh di ambil untuk dinilai benar atau tidak adalah pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat yang ditetapan.

Pembangkang  menggunakan BR1M  sebagai kempen mereka  supaya Selangor tidak jatuh kepada BN pada PRU- 13 dengan berhujah,Kerajaan Pusat bagi BR1M pada rakyat  kerana mahu rampas selangor,jadi  eloklah rakyat selangor undi Pakatan Rakyat jika mahu BR1M lagi,rakyat juga kena bersyukur dengan adanya Pakatan Rakyat semua rakyat  yang layak mendapat BR1M.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger