Headlines News :
Home » » Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan meninggal dunia

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan meninggal dunia

Written By petang hot on Sabtu, 1 Jun 2013 | 7:29 PTG

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Dr. Zakaria Mohamed Yatim, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini akibat masalah paru-paru.
"Allahyarham memang sering dimasukkan ke PPUKM sejak dua bulan lalu," kata anak saudaranya Md. Jumaat Md. Ali ketika mengesahkan kematian Zakaria pada kira-kira 6.40 pagi kepada Bernama hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Roszita Zainuddin serta dua anak perempuan, Shahnaz dan Siti Zubaidah.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas solat Zohor.
Allahyarham mula menceburi perkhidmatan kehakiman dan perundangan sebagai Majistret pada 2 Mac, 1964 dan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada Oktober 1996.
Beliau juga pernah menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Perdagangan dan Bahagian Jenayah serta pernah berkhidmat sebagai Peguam Cara Negara dari 1980 hingga 1983. - BERNAMA
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger