Sistem penyiaran televisyen negara ini akan melalui proses transformasi di seluruh negara apabila menjadi digital sepenuhnya pada 2017.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan masih melengkapkan infrastruktur pendigitalan yang dijangka siap dalam dua tahun dan sebagai permulaan diperluaskan di Lembah Klang.
“Menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), tujuh saluran digital baru diperkenalkan yang boleh menjadi platform digunakan stesen lain seperti Media Prima Berhad (MPB). “Apabila wujud saluran baru, persoalan timbul apa kandungan program disampaikan,” katanya ketika lawatan rasmi ke FINAS di sini, semalam
Catat Ulasan