Headlines News :
Home » » KPN: Suspek hina Agong akan dikenakan tindakan

KPN: Suspek hina Agong akan dikenakan tindakan

Written By petang hot on Rabu, 5 Jun 2013 | 1:58 PG

PEKAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial Facebook.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan akaun Facebook individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.
  
"Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap individu yang dikatakan terlibat dalam kegiatan itu, harap dapat bersabar," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
  
Turut hadir timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
  
Menurut kenyataan media ringkas SKMM hari ini, SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM mengesan dan menahan suspek yang dipercayai menghina Tuanku Abdul Halim menerusi laman Facebook bagi membantu siasatan.
  
Suspek yang merupakan seorang wanita itu dikatakan menyembunyikan diri setelah identitinya terbongkar di beberapa laman web.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger