
Musuh telah cuba mensabotaj kerajaan dengan mencadangkan pembentukan Parti Tunggal Barisan Nasional. Prestasi UMNO dalam PRU13 yang lepas amat baik. Ini telah menakutkan pihak pembangkang. Mereka telah menjalankan agenda “pembunuhan” UMNO dengan begitu terperinci dan tersusun namun usaha mereka telah gagal apabila rakyat masih percaya dan berharap terhadap UMNO yang telah banyak membela dan menjaga mereka selama ini.
Tambahan pula prestasi komponen Barisan Nasional yang lain seperti MCA dan Gerakan terlalu teruk telah menjadi punca mereka cuba mencadangkan pembentukan Parti Tunggal ini demi menutup segala kelemahan mereka dalam PRU13 yang lepas. Ini jelas tidak munasabah langsung kerana ini semua merupakan sekadar alasan untuk bangsa Cina di dalam MCA dan Gerakan bersikap malas dan tidak berusaha menyumbang apa pun ke arah memperkukuhkan Barisan Nasional selain sekadar nama sahaja.
Masa untuk bermalasan dan berpeluk tubuh telah tamat. MCA dan Gerakan harus berubah untuk mendapatkan undi Bangsa Cina bukannya mendapat pangkat dari nama yang tidak produktif langsung. Mereka seolah-olah menyalahkan UMNO kerana belum bersedia membentuk parti tunggal dengan menuduh UMNO rasis seperti adik beradik mereka dalam DAP. Masa untuk tuduh menuduh dan tikam belakang sudah tamat. Sekarang ini masa untuk bekerja. MCA dan Gerakan bangun dari mimpi , berhenti menikam parti sekomponen. Anda harus ikhlas dalam bergabung bukan mencari jalan cuba mempergunakan kebaikan UMNO.
MCA dan Gerakan harus bijak mengkaji kelemahan mereka yang tidak bersungguh-sungguh menghadapi PRU dan mencari formula sempurna untuk mengembalikan sokongan bangsa Cina terhadap Barisan Nasional. Mereka harus berhenti berlindung dan bersembunyi di bawah ketiak UMNO. Bangsa Cina perlukan parti yang ikhlas bukan seperti DAP yang berniat jahat dan memusnahkan. Masalah dalaman MCA merupakan jarum perpecahan yang disuntik oleh DAP. Oleh sebab itu mereka harus bijak menangani masalah dan mencari pendekatan terbaik.
Lim Guan Eng tidak perlu menghasut dengan kata-kata rasis beliau kerana sesungguhnya Lim Guan Eng tidak layak memberi pandangan kerana masalah dalaman parti DAP yang begitu kecil dan remeh pun seperti pemilihan di dalam CEC DAP tidak mampu ditangani. DAP nak kira undi pun salah teknikal macamana mereka mahu meneraju Negara. Kalau kepandaian sekadar menghasut dan memfitnah, maka rakyat tidak “pakai” DAP untuk diberikan kepercayaan meneraju Negara.
Catat Ulasan