
AGAK menarik juga memikirkan apa yang bersarang dalam kepala hotak macai-macai pembangkang bila bercakap tentang dakwaan berlakunya penipuan oleh pihak SPR dalam pilihanraya umum akan datang.
Tahu mereka tidak ada bukti kukuh untuk menunjukkan dimana penipuan itu berlaku, para balaci yang ternyata singkat akalnya ini mengalihkan perhatian kepada meminta SPR menyaman pihak-pihak yang berkenaan, walaupun badan bebas dan berkecuali tersebut telah pun membuat laporan polis berhubung dakwaan tidak masuk akal itu.
Macam mana tunggang langgang ini boleh berlaku? Kalau kita rujuk kepada sistem perundangan apa sekalipun, burden of proof terletak kepada pihak yang menuduh, bukan yang dituduh. Dalam hal ini pembangkang yang buat dakwaan patut tunjuk penipuan dimana, kalau ada bangla mengundi BN, mana banglanya dan sebagainyalah.
Yang didakwa ramai, 40 ribu orang, takkan satu pun tak boleh nak tunjuk, bukan kita minta banyak, satu cukup.
Soal SPR perlu saman ke tidak apa kaitan? Laporan polis dah dibuat dan siasatan sedang dijalankan. Kalau pembangkang tak puas hati, buat report balas kata laporan polis itu palsu, yang betulnya sekian, sekian (bukti nak kena bawaklah). Ini takde pun.
Penipuan berlaku atau tidak, bukan diikat kepada saman. Anwar pun tak saman Datuk Zulkifli Nordin, Ezam Mohd Nor (sekadar menyebut beberapa orang) yang galak mendakwa dia adalah seorang yang tidak bermoral, serta terlibat dalam hubungan seks sejenis dengan macam-macam jantan.
Malah bapak Saiful Bukhari pun sudah tukar kenyataan dakwa Anwar memang terlibat meliwat anaknya, so apa nak tunggu lagi? Samanlah!!
Kalau nak pakai ukur timbang begitu (saman baru boleh kata betul), maka bolehlah kita katakan disini bahawa dakwaan nama-nama yang disebutkan di atas mengenai moral Anwar tu, betul belaka? Anwar tak samankan, apa pun alasannya disitu.
Kesimpulan disini, Anwar memang bijak dengan merosakkan otak penyokongnya dengan macam-macam teknik tipu daya. Bukan satu dua yang kena ni, ramai. Peliknya, yang terlibat ni, akal dia pi mana? Takkanlah benda simple macam inipun tak boleh nak fikir.
Cuba kalau Anwar yang kena tuduh kang, macam-macam bukti dia minta, takde video, mintak video, ada video, mintak bunyi pulak, dan sebagainya.
Boleh pulak!!!
Catat Ulasan