Headlines News :
Home » » Sidang Kemuncak: Wanita penting sertai korporat

Sidang Kemuncak: Wanita penting sertai korporat

Written By petang hot on Jumaat, 7 Jun 2013 | 5:40 PTG

Penglibatan wanita dalam dunia korporat adalah penting dan semakin dihargai, kata penceramah pada hari kedua Sidang Kemuncak Wanita Global 2013 (GSW) di sini.
Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan Sektor Kerajaan dan Swasta Nielsen (USA), Karen Watson berkata, kebanyakan pelabur di dunia pelaburan adalah wanita.
"Ini menunjukkan bahawa wanita adalah teraju utama sesebuah organisasi," katanya pada sesi pleno pertama hari ini, bertajuk "Unjuran Ekonomi dan Wanita sebagai satu Pasaran".
"Jika kita lihat syarikat korporat gergasi seperti Deutsch Bank di Jerman, lapan wanita adalah pengarah daripada 11 pengarah yang ada.
"General Motors telah mencatatkan empat pengarah wanita daripada 14 pengarah, sementara Procter and Gamble di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa ada lima pengarah wanita daripada 11 pengarah," katanya.
Watson berkata, secara keseluruhannya, 15 peratus daripada pengarah syarikat besar di dunia adalah wanita, dan menambah bahawa dunia semakin mengiktiraf sumbangan wanita dalam dunia korporat.
"Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini mengambil keputusan bahawa syarikat milik negara harus mempunyai wanita dalam lembaga pengarahnya," kata beliau.

Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir esok.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger