Headlines News :
Home » » TERKINI! PEMIMPIN POLITIK PERTAHANKAN KENYATAAN MELISSA GOOI !!

TERKINI! PEMIMPIN POLITIK PERTAHANKAN KENYATAAN MELISSA GOOI !!

Written By petang hot on Jumaat, 7 Jun 2013 | 2:33 PG

Rupa-rupanya, tatkala rakyat marah dan banyak laporan polis dibuat dek sesetengah orang yang menghina insitusi Raja dan Yang Di-Pertuan Agung, masih ada juga orang yang mahu mempertahankan kebiadapan tersebut!


Individu yang dimaksudkan ialah Ahli politik parti PKR di atas. Namanya Gooi Hsiau Leung, Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah!

Beliau telah mempertahankan kenyataan Melissa Gooi yang 'muntah apabila mendengar titah Yang Di-Pertuan Agung'. Kenyataan Melissa Gooi itu pula disambut oleh rakan-rakan beliau yang bertanya Yang Di-Pertuan Agung wujudkah?

MiM tidak pasti sama ada MP Alor Setar itu mempunyai pertalian keluarga dengan Melissa Gooi kerana kedua-duanya mempunyaisurname yang sama iaitu 'Gooi'.

Dan seperti biasa, adalah mentaliti korup pembangkang yang akan mengaitkan apa sahaja yang berlaku dengan politik atau pun parti lawan. Begitulah juga mentaliti ahli politik PKR ini!

Boleh pula ahli politik PKR itu mendakwa 'penangkapan Melissa Gooi adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang kebebasan hak bersuara dan hak meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berasa terancam atau diugut untuk ditangkap.'

Kita percaya seluruh rakyat Malaysia yang hormat kepada Yang Di-Pertuan Agung, tidak akan tergamak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa dan bukannya seperti yang didakwa oleh ahli politik PKR itu.

Dan seluruh rakyat juga percaya kepada kebebasan hak bersuara tetapi ianya mestilah berpada-pada dan mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia.

Sila baca omongan MP Alor Setar yang sengaja mencari pasal itu :
Seorang MP PKR Gooi Hsiau Leung mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyalahgunakan kuasa dalam tindakan menahan seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong melalui tulisan di Facebook.

MP Alor Setar itu berkata, beliau berpendapat bahawa tulisan berkenaan bukanlah satu ancaman atau gangguan seperti yang dinyatakan sebagai kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebaliknya, Gooi yang juga seorang peguam berkata perbualan di Facebook itu – yang kini menjadi beredar di Internet – hanya merujuk kepada ucapan Agong dan bukannya ke atas mana-mana individu.

"Saya telah membaca rakaman skrin perbualan Melissa Gooi bersama kawan-kawannya di Facebook mengenai ucapan Yang Di-Pertuan Agong dan mendapati tidak ada unsur gangguan atau ancaman yang dibuat terhadap sesiapa yang boleh disifatkan sebagai satu kesalahan di bawah akta tersebut.

"Tidak ada justifikasi di bawah undang-undang untuk menangkap Melissa Gooi melainkan bahawa tangkapan tersebut bermotif politik untuk memuaskan politik pemimpin-pemimpin BN yang telah mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia secara awam untuk mengambil tindakan.
"Penangkapan Melissa Gooi adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang kebebasan hak bersuara dan hak meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berasa terancam atau diugut untuk ditangkap.

Oleh itu, beliau mengandaikan bahawa siasatan yang turut melibatkan empat rakan wanita tersebut sebagai "tidak berasas"

Gooi juga berkata penahanan berkenaan merupakan "penghinaan kepada semua rakyat Malaysia" kerana ia menghalang kebebasan mereka untuk bercakap dengan terbuka dan tidak ditakut-takutkan.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pasukan polis pada pagi 4 Jun lalu di Ampang, Selangor.

Polis Kuala Lumpur menyebut, siasatan dijalankan ke atas wanita tersebut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 - MK


Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger