KUALA LUMPUR 4 Jun - Komuniti Islam digesa memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan ASEAN menerusi semangat perpaduan dan ikatan sesama mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain soal perpaduan, komuniti Islam perlu mengelak daripada sebarang konflik dan keganasan yang mampu menyekat keupayaan untuk berkembang maju.
Menurut beliau, komuniti Islam juga perlu menghormati prinsip-prinsip kepelbagaian.
"Seterusnya kita perlu memperkukuhkan keadilan sosial berdasarkan nilai murni sejagat," katanya dalam ucaptama merasmikan Simposium Antarabangsa : Islam dan Era Baharu Negara-Negara ASEAN di Institut Kefahaman Islam Malaysia, di sini hari ini. - UTUSAN
Catat Ulasan