Sebanyak 5,000 kad Touch n Go percuma akan diberikan kepada pengunjung bertuah di Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi 2013 yang akan berlangsung di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada 7 hingga 9 Jun ini.
Ketua Setiausaha KWP, Datuk Adnan Md Ikshan berkata, program berkenaan memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kementerian serta agensi yang terbabit.
“Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti pembayaran dan diskaun cukai walaupun selepas waktu bekerja dan hujung minggu tanpa perlu ke pejabat kementerian dan agensi terbabit,” katanya. Katanya, seramai 1,500 kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dijangka menyertai Pertandingan Mewarna Bendera Wilayah Persekutuan yang akan berlangsung 7 Jun ini.
“Selain itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga akan menyediakan perkhidmatan komuter secara percuma dari Stesen Petaling, Pantai Dalam dan Angkasapuri ke KL Sentral untuk kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna ini,” katanya.
Catat Ulasan