Headlines News :
Home » , » Harap suami pulang sebelum Aidilfitri

Harap suami pulang sebelum Aidilfitri

Written By petang hot on Isnin, 14 Julai 2014 | 8:14 PTG

Serangan di Pulau Mabul oleh kumpulan sama

SEMPORNA - Sharifah Erna Berson hanya mempunyai satu harapan pada Aidilfitri hujung bulan ini iaitu merayakannya bersama suami Konstabel Zakia Aleip.

"Saya adalah insan paling gembira apabila suami dapat pulang beraya bersama pada Aidilfitri ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zakia, 26, dilarikan sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat yang melakukan serang hendap terhadap Pasukan Polis Marin di Pulau Mabul, Semporna dua hari lepas.

Kejadian 11.10 malam itu mengorbankan rakan sepasukannya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32.

Sharifah Erna yang ditemui di kediamannya berkata beliau dan anak lelakinya yang berusia empat bulan akan mengikut ibu bapa mentuanya kembali ke Kota Kinabalu hari ini.

"Saya tidak senang duduk seorang diri di sini. Ibu bapa saya juga berada di Kota Kinabalu," katanya.

Ditanya sama ada suaminya menunjukkan sebarang perubahan sebelum keluar bertugas di Pulau Mabul pada Jumaat lepas, wanita itu berkata keadaan Zakia seperti biasa.

"Dia cuma kelam kabut sedikit kerana sudah terlambat untuk ke sana," katanya.

Ditanya mengenai panggilan telefon oleh suaminya tidak lama selepas dilarikan, Sharifah Erna bagaimanapun enggan mengulas.

Beliau sebaliknya meminta semua pihak terutama media agar mendapatkan perkembangan terkini daripada pihak berkuasa.  

Zakia, 26, yang berasal dari Tenghilan, Tamparuli bertugas sebagai Konstabel Radar Ploter Bot RH40, Unit Pencegahan Jenayah Perairan (Marin) Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas Pasukan Polis Marin di Pulau Pinang.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger