BUTTERWORTH - Penduduk di Kampung Manis, Perai di sini meminta Adun Perai P Ramasamy agar menyelesaikan masalah banjir yang melanda kampung itu dua kali sebulan.
Menurut mereka walaupun sudah dimajukan kepada Adun DAP itu, sehingga kini tiada tindakan diambil oleh Ramasamy.
Seorang penduduk Rohani Kader Ghani, 46, berkata banjir berlaku apabila air pasang besar yang melanda dua kali sebulan iaitu pada pada awal dan pertengahan bulan.
"Rumah kami akan dinaiki air sehingga paras pinggang dan habis barang terutama peralatan elektrik akan rosak. Masalah air pasang besar ini menjadi lebih teruk sejak empat tahun lepas berikutan beberapa projek pembangunan dijalankan berhampiran kampung ini," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
Katanya terdapat 80 buah rumah di kampung itu yang terletak berhampiran Sungai Perai.
Rohani juga mendakwa Ramasamy tidak pernah menjenguk kampung itu apatah lagi membantu penduduk.
"Kami sudah penat dengan keadaan ini dan berharap ada pihak tampil membantu penduduk di sini," katanya.
Seorang warga emas Jemah Bee Syd Mohd, 68, berkata limpahan air pasang itu turut membawa sampah sarap dan lumpur, selut serta bangkai haiwan yang menimbulkan bau busuk.
"Mak cik sudah tua dan kurang sihat kerana ada sakit jantung dan setiap kali berlaku air pasang besar mak cik kena berjaga kerana bimbang ia teruk serta terpaksa mencuci rumah berikutan kotor dan busuk," katanya.
Selesai segera kes banjir 2 kali sebulan
Written By petang hot on Isnin, 14 Julai 2014 | 8:03 PTG
Label:
ISU HOT
Catat Ulasan