Selepas berhari-hari hampir seluruh negara dilanda keadaan berjerubu yang menyukarkan penafasan dan mengabui pandangan serta panas terik yang meresahkan, akhirnya petang tadi hujan turun dengan lebat di kebanyakan tempat.
Alhamdulillah, hujan yang dinanti-nantikan itu datang jua selang beberapa jam selepas solat sunat Istisqa diadakan di Masjid Negara untuk memohon pertolongan Allah S.W.T dengan penuh pengharapan agar permasalahan jerebu yang dihadapi akan berkurangan.
Sekitar 500 orang jemaah menyertai solat sunat yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad itu, turut sama ialah Menteri JPM Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali.
Solat berjemaah itu diadakan sesuai dengan saranan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam supaya masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat Istisqa.
Turut dilaporkan hadir ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kita harapkan kehadirannya itu kelak tidaklah sampai menyebabkan golongan Anwarinas dalam PAS menjadi bengang tak keruan.
Jangan nanti ada yang menjadikannya sebagai alasan untuk memecat Ustaz Nasharuddin dari PAS, bukan sangka buruk tapi sekadar mengungkit kembali kisah lama penyertaan Ustaz Nasharuddin ke Gaza, Palestin dulu ja.
Solat Istisqa seperti diketahui ramai merupakan amalan yang pernah dilaksanakan di zaman Rasulullah S.A.W terutama ketika musim kemarau yang panjang bagi memohon turunnya hujan.
Dalam konteks negara kita yang sedang berjerubu ini kesan kebakaran hutan di Indonesia, adanya hujan bermakna jerebu akan beransur hilang dan aktiviti harian dapat dilakukan semula.
Di Selangor di mana penulis bermastautin, walau pun belum diadakan solat istiqa namun turut menerima tempias hujan lebat tentunya kerana hasil keberkatan dari solat Istisqa yang diadakan di Masjid Negara.
Alangkah bagusnya kalau sewaktu himpunan Blackout 505 di Padang Merbok baru-baru ini didahulukan dengan solat sunat Istisqa setidak-tidaknya melibatkan peserta perarakan dari PAS yang berkumpul di Masjid Negara.
Tapi sayang, disebabkan masing-masing sibuk mahu berarak dan merasakan perhimpunan Blackout 505 lebih penting maka tak seorang pun terlintas untuk melakukan solat Istisqa, mereka lebih redha menghirup udara berjerubu yang menyesakkan nafas.
Catat Ulasan