DUN Kuala Besut yang kosong semalam akibat pemergian penyandang Allahyarham Datuk Dr. A Rahman Mokhtar, hampir keseluruhannya pengundinya adalah terdiri dari orang Melayu (99%), dengan 1% sahaja orang Cina.
Penulis melihat, inilah masanya yang sesuai untuk DAP membuktikan kepada dunia dan rakyat Malaysia ini bahawa parti itu adalah parti berbilang kaum dan dasar-dasarnya diterima oleh semua kaum dalam negara kita ini.
Bukan oleh kaum Cina sahaja seperti yang kita lihat hari ini.
Lagipun, bukankah pembangkang sekarang sudah ada satu nama, Pakatan Rakyat. Sana Pakatan Rakyat, sini Pakatan Rakyat, sehinggakan jumlah undi ketiga-tiga parti pembangkang diambil kira sebagai mewakili Pakatan Rakyat – peliknya, entah bila lambang Pakatan Rakyat ada dalam kertas undi pun kita tak tahulah.
Jadi inilah masa dan peluangnya pembangkang nak menunjukkan ke’Pakatan Rakyat’ sangat tu.
BN dah tunjuk bukti, letak calon dari UMNO bertanding di kawasan majoriti cina, contohnya di Gelang Patah di mana Datuk Seri Ghani Othman bertanding menentang Lim Kit Siang. Kalah menang itu soal lain, yang penting kita berani dan dah buktikan pun.
Kalah pun sebab DAP main isu perkauman, sementara BN tidak dibenarkan buat begitu.
Jadi kita cabarlah DAP untuk bertanding di DUN Kuala Besut dalam pilihanraya kecil yang akan datang kali ini. Jajalah nama Pakatan Rakyat tu sana sini, kok benarlah seperti mana dakwaan bahawa rakyat sebenarnya mengundi calon dari Pakatan Rakyat, bukan calon DAP, PAS dan PKR.
Anwar pun (disebalik dakwaan SPR menipu, pilihanraya tidak adil), menganggap pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Kuala Besut ini sebagai peluang baik untuk Pakatan.
Letaklah calon Melayu ke atau cina lebih baik tapi bertanding atas tiket DAP. Kalau calon berkenaan berjaya menang di Kuala Besut, penulis terima hakikat bahawa Pakatan Rakyat ini sememangnya jenama politik yang layak untuk menyaingi BN dalam PRU14 akan datang – walaupun belum berdaftar lagi.
Kalau tidak, terima sajalah hakikat Pakatan Rakyat hanya satu sandiwara, nak menipu rakyat kononnya pembangkang bersatu, tak lebih dan tak juga kurang.
Penulis pun dah letih dengan drama pembangkang bersatu ni, dari Angkatan Perpaduan Ummah, Gerakan Rakyat, Barisan Alternatif sampailah ke Pakatan Rakyat sekarang, satu pun tak berdaftar sebagai parti politik sah dan menentang BN secara depan berdepan, tau tau bila menang, dakwa itu kemenangan Pakatan dan sebagainya.
Catat Ulasan