Headlines News :
Home » » Azhar Idrus Calon PAS Kuala Besut?

Azhar Idrus Calon PAS Kuala Besut?

Written By petang hot on Sabtu, 29 Jun 2013 | 12:04 PG


SC20130527-110447-1[1]
SEJAK kerusi DUN Kuala Besut kosong beberapa hari lepas akibat kematian ADUNYA, Datuk Dr. A Rahman Mokhtar akibat kanser dan komplikasi paru-paru, beberapa nama telah disebut-sebut akan dicalonkan di kawasan tersebut bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang bakal diadakan.
Antara yang paling mencuri tumpuan sudah tentulah ura-ura penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dicalonkan PAS untuk bertanding disitu.  Kebetulan, UAI adalah anak jati Terengganu, walaupun tidak berasal dari daerah Besut.
Tapi yang penting, Besut terletak dalam negeri Terengganu dan Azhar Idrus berasal dari negeri berkenaan.
Pencalonan UAI ini (kalau benar) memang satu berita yang sangat kita nantikan.  Cuma masalahnya, UAI tidak berminat dengan politik, malah menolak untuk bertanding dalam PRU13 yang lepas atas tiket PAS, atas alasan yang beliau sendiri sahaja faham.
Menurut sumber yang dekat dengan penceramah popular tersebut lagi, UAI tidak mahu menerima nasib yang sama seperti beberapa orang penceramah sebelumnya yang hilang karisma setelah menceburkan diri dalam politik.
Antara yang dimaksudkan ialah Ismail Kamus, Harun Din dan beberapa orang yang lain lagi.
Itupun kalau menang, kalau kalah?  Sumber yang sama turut mengatakan UAI beranggapan dia tidak mampu untuk pergi  lebih jauh dalam politik dan lebih selesa mencari makan dengan berceramah ke seluruh Negara.
Begitupun, beberapa pimpinan tertinggi PAS Terengganu dan Pusat, dikatakan telah/akan berjumpa dengan UAI untuk memujuknya menjadi calon PAS di Kuala Besut, berikutan kawasan tersebut yang terkenal sebagai kubu kuat UMNO.
PAS mengharapkan kepada populariti UAI untuk setidak-tidaknya mengurangkan majoriti 2,434 yang diperolehi Allahyarham Dr. Rahman dalam PRU13 yang lepas.  Itu bermaksud menghadapi kemungkinan untuk kalah.
Cuma persoalannya sekarang, adakah UAI bersedia mengorbankan statusnya sebagai penceramah terkenal untuk semata-mata mengurangkan majoriti BN (bersedia untuk kalah)?
Apa pun kita serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS Terengganu untuk memujuk UAI menjadi calon PAS di Kuala Besut.
www.kualabesut.net
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger