Headlines News :
Home » » Black505: Tahap Pemikiran Minda “Bawah Tapak Kaki”

Black505: Tahap Pemikiran Minda “Bawah Tapak Kaki”

Written By petang hot on Ahad, 23 Jun 2013 | 12:35 PG


Pegawai DBKL Dibawa Keluar Padang Merbok
Marah benar puak-puak Pakatan Haram yang berhimpun di Padang Merbok apabila laporan media menyifatkan himpunan itu sebagai gagal sepenuhnya. Seperti biasa, kemarahan mereka itu sudah tentu “diserikan” dengan carutan dan maki hamun.
Mereka cuba menegakkan benang yang basah apabila menyatakan bahawa himpunan semalam sangat berjaya dan membuahkan hasil. Namun apabila ditanya tentang hasil yang mereka dapat, mereka kelu seribu bahasa…
Kata mereka, lebih dari 50,000 orang peserta dari seluruh negara menghadiri himpunan Black505 semalam. Walaupun hakikat sebenar jumlah kehadiran mereka itu tidak mencecah 10,000 orang pun, mereka tetap dengan angka mereka.
Biasalah. Mana mungkin mereka akui kegagalan sendiri. Mereka takkan berani menelan “pahit” hakikat kebenaran…
Mereka mengarahkan kemarahan mereka kepada pihak berkuasa yang menganggap himpunan itu sebagai himpunan haram. Kata mereka, himpunan itu adalah himpunan aman yang sah dari sudut undang-undang dan akta Himpunan Aman yang baru digubal kerajaan.
Anda percaya dengan kenyataan itu? Himpunan semalam boleh disifatkan sebagai “Himpunan Aman” yang sejajar dengan akta tersebut? Benarkah begitu?
Akta Himpunan Aman yang disepakati dengan para pemimpin pembangkang sebelum ini menggariskan bahawa seseorang yang tidak cukup umur 21 tahun tidak layak untuk menjadi penganjur.
Khalid Ismath, Adam Adli dan kumpulan “mahasewel” yang sebok himpunkan orang itu semua cukup umur, kah?
Akta itu juga menetapkan bahawa kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 15 tahun tidak dibenarkan sama sekali menyertai himpunan yang dianjurkan dan sekiranya undang-undang ini dilanggar maka mereka boleh disabit kesalahan dengan hukuman denda sehingga RM20,000.
505 budak
Tapi semalam ramai juga yang bawa kanak-kanak ke himpunan tersebut. Mungkin mereka nak merasa naik turun mahkmah dan sudah banyak sangat duit nak bayar denda pada mahkamah?
Malah akta berkenaan juga menegaskan bahawa perlakuan ganas dan provokasi melampau dilarang sama sekali dan perkara inilah yang pertama dilanggar oleh puak-puak penganjur Black505 itu.
Husam Musa yang menyeru perjuangan “jihad” pada himpunan itu kini sedang dalam tahanan untuk siasatan atas tuduhan menghasut. Beberapa “mahasewel” peliharaan Pakatan Haram pula membuat provokasi awal sebelum himpunan melalui media sosial.
Kerana itulah himpunan itu awal-awal lagi tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Tapi mereka degil dan nak buat juga himpunan itu. Bila dari awal mereka sudah langgar undang-undang, maka sepanjang himpunan itulah mereka cabul kehormatan sistem perundangan negara.
Tapi seperti biasalah, mereka tidak pernah mahu mengaku salah mereka. Kalau undang-undang itu menyebelahi mereka maka itu disifatkan sebagai keadilan sebenar dan kalau undang-undang itu tidak menyebelahi mereka, maka ia dianggap sebagai satu “kezaliman” Kerajaan BN.
505 budak1
Saya tidak tahu sampai bilakah puak-puak Pakatan Haram ini akan matang dan rasional dalam hidup mereka. Entah bila pun saya tidak pasti, bilakah mereka akan melepasi minda “akil baligh” mereka. Mungkin sampai ke tua mereka akan terus bersikap begitu, gagal menggunakan akal dengan baik.
Malang betul Malaysia memiliki gerombolan pembangkang yang lemah IQ. Pemikiran mereka hanya hebat untuk perkara-perkara negatif seperti memfitnah, menipu, berbohong dan menabur tohmahan-tohmahan jijik. Itu saja kemahiran mereka…
Tidak seperti pembangkang di negara-negara luar yang sihat dan membantu pihak Kerajaan untuk membangunkan negara, pembangkang di Malaysia masih lagi berada di tahap pemikiran “minda kelas ketiga”. Tak tahulah sama ada mereka sedar atau tidak hakikat ini…kan?
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger