Headlines News :
Home » » Blackout 505: Anwar Perbodohkan Penyokong PR

Blackout 505: Anwar Perbodohkan Penyokong PR

Written By petang hot on Jumaat, 21 Jun 2013 | 3:44 PG

Seperti yang dijangka, Anwar tidak jadi memboikot sidang Parlimen walaupun beria-ia mengatakan akan berbuat demikian.   Entah tebal mana muka Anwar apabila terpaksa juga mengangkat sumpah dan menghadiri sidang Parlimen setelah siri himpunan Blackout 505nya gagal menjatuhkan kerajaan. 
Anwar mencadangkan boikot sidang Parlimen kerana menyangka DAP dan PAS akan bersetuju.  Namun, congakannya salah lagi apabila kedua parti itu ternyata enggan mengambil risiko kehilangan suara di Parlimen.   Justeru, Anwar terpaksa menurut rentak rakan sekutunya kerana takut kehilangan jawatan Ketua Pembangkang. 
Kita tahu bahawa DAP dan PAS sudah bersedia menghadapi sidang Parlimen tanpa Anwar.  Malah, mereka telah pun berkira-kira melantik Ketua Pembangkang yang baru.  Anwar, bukan lagi satu faktor dalam perjuangan PR.  Dalam banyak segi, Anwar hanya menjadi liabiliti di mana tidak cukup dengan skandal seks, tindakan Anwar yang seolah-olah sudah kehilangan fokus atau buntu, membuatkan PR berada dalam keadaan keliru. 
Selain itu, Anwar juga kelihatan seolah-olah tidak lagi berpijak di bumi nyata dan hilang dalam angan-angannya sendiri yang kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.  Dalam keadaan separuh sedar itulah Anwar membuat keputusan untuk menghadiri sidang parlimen kerana jawatan Ketua Pembangkang itulah saja sandarannya untuk ditukar dengan jawatan Perdana Menteri. 
Sebelum PRU, wartawan barat ada menyebut bahawa Anwar bagaikan seorang penghibur yang hanya membuat persembahan.  Lama sebelum itu pula beliau pernah dilabel sebagai ‘sesumpah’ dan ‘talam dua muka’ oleh sebuah majalah barat.
Dan baru-baru ini, ketika menjawab isu perjumpaan Najib-Anwar di Jakarta yang tidak pernah berlaku, seorang penulis dari seberang memetik pandangan Jusuf Kalla terhadap Anwar.  Menurut Bekas Naib Presiden Indonesia itu, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana dia menganggap dirinya adalah Perdana Menteri hatta percaya dirinya adalah Perdana Menteri.
Penulis sebenarnya telah terlebih awal mengesan tanda-tanda ‘delusional’ Anwar iaitu setahun yang lalu.   Anwar sebenarnya sudah rosak teruk dari segi kerohanian.  Sifat ego yang melampau bercampur baur dengan perasaan bersalah tetapi ingin terus mencabar takdir Allah SWT, menyebabkan jiwa Anwar semakin hari semakin parah lalu menjejaskan akalnya.
Anwar yang kita lihat hari ini bukan Anwar yang sama walaupun ‘kegilaannya’ tampak serupa.  Sikap talam dua muka atau sesumpahnya itu bukan lagi dirancang, tetapi telah pun sebati dengannya.  Sesungguhnya, apabila penipuan dan kebenaran diterbalikkan, ia pasti akan membawa kepada kehancuran.
Nampaknya, Malaysia mempunyai Ketua Pembangkang yang telah hancur rohaninya.  Oleh itu, bagaimana pembangkang boleh memainkan peranan untuk sama-sama membantu kerajaan memajukan negara?
Strategi Anwar Ibrahim di Parlimen nanti sudah boleh dibaca.  Beliau bukannya berminat untuk menangani masalah rakyat atau membina negara tetapi hanya akan membuat kacau dengan membangkitkan isu bantahan keputusan pilihanraya.
Ironi sekali, beliau juga mengangkat sumpah menerima keputusan tersebut dan turut memikul peranan Ketua Pembangkang, berasaskan keputusan PRU yang sama.
Malang bagi negara ini kerana pembangkang tidak meningkatkan kematangan sejajar dengan kemajuan negara, sebaliknya membawa negara ke belakang dengan mengambil sikap seperti dunia ketiga, kalaupun tidak bersikap seperti orang gila.
Yang bodohnya, adalah penyokong pembangkang yang percaya kepada orang gila.  Susah payah berhimpun menolak keputusan PRU, sudahnya pemimpin mereka yang mengangkat sumpah dahulu.









-Sumber
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger