Headlines News :
Home » » Blackout 505 Gagal Salah Siapa

Blackout 505 Gagal Salah Siapa

Written By petang hot on Sabtu, 22 Jun 2013 | 7:48 PTG


Blackout 505 Padang Merbok Gagal - 1
Hari ini sememangnya hari yang malang untuk PR apabila program Himpunan Blackout 505 yang diadakan di Padang Merbok sekejap tadi gagal mencapai kehadiran yang diimpikan sebaliknya jumlahnya jauh lebih susut berbanding program HKR pada Januari lalu.
Walau pun Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR cuba menyembunyikan kebenaran dengan mengisytiharkan jumlah kehadiran kononnya mencecah angka 55 ribu, hakikatnya gambar yang dirakamkan menceritakan perihal yang berlainan.
Blackout 505 Padang Merbok Gagal - 4
Blackout 505 Padang Merbok Gagal - 2
Blackout 505 Padang Merbok Gagal - 5
Blackout 505 Padang Merbok Gagal - 3
Seperti yang penulis tegaskan semalam, angka kehadiran yang paling hampir ialah 20,000 orang seandainya keseluruhan Padang Merbok dan jalan-jalan sekitarnya padat dengan penyokong PR.
Namun apa yang berlaku hari ini setengah padang pun tak mampu dipenuhi sekali gus gagal menandingi jumlah kehadiran 45,000 orang semasa HKR dulu.
Gagal itu satu hal, lebih memalukan semasa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim naik ke pentas untuk berceramah beratus-ratus orang sudah angkat kaki meninggalkan tapak program.
Kempen Blackout 505 yang mensasarkan SPR sebagai kambing hitam akhirnya yang terjadi PR pula yang dilanda blackout setelah program anjurannya tidak mendapat sambutan.
Persoalan sekarang, berikutan kegagalan penganjuran kali ini siapakah yang akan dipersalahkan, adakah Anwar akan menyalahkan jerebu atau pun mungkin buat pertama kalinya Anwar sedar rakyat sudah jemu dengan pelbagai propaganda yang dilagukannya.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger