Headlines News :
Home » » BN Kerajaan Minoriti Atau Guan Eng Yang Tak Sedar Diri?

BN Kerajaan Minoriti Atau Guan Eng Yang Tak Sedar Diri?

Written By petang hot on Khamis, 27 Jun 2013 | 10:12 PG


Sudah Kalah Kalahlah - Banyak Songeh Pula Guan Eng
Isu undi popular nampaknya terus menjadi antara topik utama pemimpin pakatan pembangkang dalam usaha mereka untuk memperkecilkan kejayaan BN mengekalkan penguasaan di peringkat Pusat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng misalnya masih bertegas menegakkan benang basah mendakwa pakatan pembangkang yang dikenali PR merupakan pemenang PRU-13 kerana telah menang dengan undi popular 51%.
Menurutnya lagi BN hanyalah kerajaan minoriti, dengan demikian pembangkang adalah kerajaan sebenar kerana berjaya menguasai undi popular. Betulkah BN kerajaan minoriti dan layakkah Guan Eng mendakwa pembangkang adalah pihak majoriti?
Rasanya tak perlu lagi untuk penulis menceritakan perihal PAS Kelantan pernah memerintah negeri itu pada PRU-11 2004 meski pun hanya memperolehi 49.2% undi sementara BN yang mendapati sejumlah 50.76% undi popular kekal sebagai pembangkang disebabkan hanya merangkul 21 dari 45 kerusi DUN.
Bagi yang belum membacanya sila lawat pautan berikut (Undi Popular: Kecacatan Mental Anwar Ibrahim dan Kerajaan Kelantan 2004 Haram)
Sebetulnya berdasarkan kenyataan Guan Eng itu, hakikatnya ia hanya menonjolkan betapa naifnya Setiausaha Agung DAP itu dalam memahami sistem pilihan raya negara ini meski pun sudah berpenggal-penggal dirinya menjadi wakil rakyat DAP melalui proses yang sama.
Guan Eng rupanya belum menyedari pada PRU-13 yang lepas DAP, PKR dan PAS bertanding dengan menggunakan logo masing-masing dan PR yang merupakan kerjasama longgar ketiga-tiga parti itu tidak pernah wujud secara sah.
Yang bertanding bukannya PR tapi DAP, PKR dan PAS yang secara berasingan menyertai PRU sehingga berlaku pertembungan sesama mereka di sesetengah tempat.
Disebabkan itu, apa asas untuk Guan mendakwa DAP menguasai undi popular, apa logiknya untuk mengatakan PKR di sokong majoriti pengundi dan apa penjelasan untuk membuktikan PAS di dukung oleh majoriti khalayak?
Hakikatnya pada PRU-13, DAP hanya memperolehi 15.4% undi manakala PKR 20.03% dan PAS pula 14.51%. Lainlah kalau mereka bergerak sebagai satu entiti yang sah secara perundangan, bolehlah mendakwa gabungan undi mereka lebih popular dari 46.53% yang diperolehi BN.
Dari sudut lain, untuk pengetahuan Guan Eng juga daripada lebih 5 juta undi yang diperolehi DAP, PKR dan PAS semasa PRU-13, sejumlah 3 juta undi datangnya dari 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Wilayah Persekutuan.
Negara kita ada 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan, daripada jumlah itu BN menguasai undi majoriti di 9 buah negeri meliputi Perlis, Kedah, Pahang, Terengganu, Melaka, N.Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.
Sejak bila angka 5 lebih besar dari 9 dan apa hak untuk Guan Eng atau pakatan pembangkang mendakwa suara majoriti di lima buah negeri boleh menentukan hak rakyat di 9 buah negeri lain?
Malah daripada 165 kerusi Parlimen di semenanjung, BN merangkul 85 kerusi sedangkan kombinasi kerusi dimenangi DAP, PKR dan PAS pula cuma 80 kerusi Parlimen sahaja. Seterusnya di Sabah dan Sarawak, BN berjaya memperolehi 48 kerusi Parlimen sementara DAP dan PKR cuma mendapat 9 kerusi sahaja.
Keseluruhannya meletakkan BN di hadapan dengan suara majoriti bila mana mengumpulkan 133 kerusi di Parlimen dan pembangkang pula cuma 89 di mana DAP memiliki 38, PKR 30 dan PAS hanya 21.
Sekarang, siapa sebenarnya yang majoriti dan siapa pula minoriti? Siapa yang menang dan siapa yang kalah sampai meroyan tak sedar diri?
Sudah kalah kalahlah, banyak pula songehnya.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger