Headlines News :
Home » » 'Bukan masa tuding jari, PR sedia kerjasama'

'Bukan masa tuding jari, PR sedia kerjasama'

Written By petang hot on Isnin, 24 Jun 2013 | 3:32 PG

Anwar Ibrahim
Kualiti udara yang semakin membimbangkan akibat jerebu akan dibawa ke sidang Parlimen esok oleh PR dan sedia bekerjasama dengan BN bagi menghadapi masalah itu.

"Keadaan semakin gawat, apa sahaja langkah yang perlu diambil perlu dilaksanakan," ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas berucap di majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel De Palma, di sini.

Tegas Anwar, ini bukan masanya untuk menuding jari menyalahkan mana-mana pihak susulan pencemaran udara akibat jerebu ini.

"... Malaysia dan Indonesia perlu bersidang dan mencari penyelesaian," katanya lagi. Anwar juga menggesa supaya jawatankuasa Kabinet segera  bersidang dalam menangani masalah jerebu yang melanda sejak minggu lalu.

"Saya agak kesal kerana tindakan itu agak perlahan diambil oleh kerajaan iaitu pada Rabu lalu. "Kerajaan Indonesia juga perlu ambil tindakan tegas kerana kesalahan itu dilakukan di Indonesia.

"Kerajaan Malaysia tidak boleh berdiam diri bila syarikat besar dan syarikat kroni mereka terlibat,"

Dalam pada itu, Anwar mendakwa berdasarkan pengalaman beliau sewaktu dalam Kabinet pada 1997, apabila keadaan gawat timbul, satu jawatankuasa Kabinet akan segera digerakkan termasuklah semua jentera kerajaan dikerahkan bagi meredakan keadaan.

"Soal keselamatan rakyat harus diambil kira keutamaannya," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam tindakan kerajaan kerana lambat mengambil tindakan dalam menghadapi jerebu yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat.

"Saya tak faham mengapa sekarang baru nak dilakukan. "Topeng muka percuma harus diedarkan lebih awal lagi," tegasnya.

Selain itu, katanya kerajaan sewajarnya bukan sahaja mengharamkan aktiviti pembakaran terbuka bahkan mengetatkan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi membendung aktiviti yang boleh menyumbang kepada jerebu.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger