SEMENTARA 89 Ahli Parlimen pembangkang sedang duduk di atas kerusi empuk, bersiap sedia untuk mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen, beberapa orang balaci mereka diluar kawasan parlimen sedang berbaring atas jalan kerana kononnya membantah keputusan PRU13 yang didakwa berlaku penipuan dan pembohongan.
Entahlah, macam mana puak-puak ini berfikir pun kita tak tahu. Macam mana berlaku penipuan bila yang di dalam sedang enak duduk atas kerusi empuk, antara mereka buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen?
Majoriti yang terlibat ini adalah budak-budak muda dari kumpulan Solidariti Anak Muda (SAMM) yang mana khemah mereka di padang Merbuk, dirampas pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.
Silap-silap, budak hisap dadah dikutip entah dari lorong mana, diberi wang dan makan yang cukup untuk berbaring atas jalan.
Inilah yang dikatakan bodoh piang, yang kat dalam tu rileks je menikmati keistimewaan sebagai ahli parlimen, yang kat luar itu pulak kemaruk sebab nak menutup malu kerana termakan pembohongan orang yang mereka anggap sebagai pemimpin.
Gambar-gambar sekitar luar parlimen:-
Catat Ulasan