BETUL juga dengan apa yang dibangkitkan oleh Dr Asri yang Anwar Ibrahim perlu cari noktah dengan menjelaskan dimana hala tuju sebenar perjuangan Anwar Ibrahim.
Apa yang cuba dipersoalkan Dr Asri, adalah semakin jelas jika rakyat sendiri mampu menilaikan bagaimana Anwar bergitu terdesak mempengaruhi pengikut tegar untuk terus bekhemah di Padang Merbok walaupun situasi jerubu melanda Malaysia masih dalam IPU mencemaskan.
Tetapi ini tidaklah menjadi perhintungan buat Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pengikut tegarnya bersurai. Jadi dimana tanggungjawap Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang menang pada pasca PRU13?
Yang menariknya Dr Asri ada menyentuh “Penasihat PKR itu perlu memberi tumpuan kepada masalah rakyat dan bukannya mengganjurkan perkara yang tidak menguntungkan atau lebih bersifat retorik politik”.
Memang pedas tapi tepat buat Anwar sendiri nilaikan. Tetapi kita rakyat biasa sememangnya sudah nampak Anwar tidak ubah seperti manusia yang terdesak dan mungkin itulah yang cuba dimaksudkan Dr Asri yang biasa bersikap tegas tanpa mempeduli sesiapapun demi kebenaran yang difikirnya. Dan antara luahan panas lain Dr Asri yang harus Anwar dan rakyat nilaikan siapa Anwar Ibrahim yang sebenar.
“Kita cadangkan Anwar dan sahabat lain, kena fokus kepada masalah rakyat dengan menegakkan keadilan di negara ini melebihi retorik politik yang tidak menentu ke mana rakyat hendak dibawa”
PPM terfikir sentuhan ini dengan bagaimana Anwar manipulasikan keputusan pasca PRU13 dengan undi popular yang sedang dimain-mainkan kononnya UNDI POPULAR PAKATAN RAKYAT LEBIH LAYAK PERINTAH NEGARA, MALAH MENYELAR NAJIB TIDAK MALU MEMERINTAH DENGAN UNDI MENETUKAN KERUSI MAJORITI. Mungkin ini yang tepat dari apa yang cuba disampaikan DR Asri berdasarkan permahaman dan kecenderungan politik PPM.
DR Asri: “Saya berpendapat hak rakyat berkumpul diiktiraf Perlembagaan, cuma semua pihak tidak kira BN atau Pembangkang, apa sahaja kita buat, ia mesti bawa kebaikan kepada rakyat, bukan saja soal perasaan peribadi individu tertentu, tetapi sesuatu yang memberi mamfaat kepada rakyat”
Kata itu jika dibandingkan dengan Anwar, PPM rasa memang tepat kena sebijik dua bijik kemuka Anwar yang selepas pasca PRU13 kelibatnya semakin hilang arah akibat kecewa kerana Qada dan Qadar menentukan Anwar bukan Perdana Menteri ke7. LAINKALILAH ANWAR.
- PecahPalakMikir
Catat Ulasan