Headlines News :
Home » » GAGAL JADI PM, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR

GAGAL JADI PM, BARAT MULA TINGGALKAN ANWAR

Written By petang hot on Rabu, 5 Jun 2013 | 12:41 PTG


Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.

Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.

Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.

Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.

Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger