TERKINI! GILIRAN MENTERI BARU KOMUNIKASI & MULTIMEDIA DISERANG PEMIMPIN PEMBANGKANG!
Anda baca keterangan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP didalam blog beliau bertarikh 4hb Jun 2013. Beliau 'menyerang' Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru pula.
Kenytaan Akhbar Oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 04.06.2013.
Malaysia tidak Perlu Ikut Model Singapura Untuk Mengawal Portal Berita Online Kerana Ia Melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia Yang Menjamin Tiada Penapisan Internet.
Malaysia tidak perlu mengikut model Singapura untuk mengawal mana-mana laman web kerana ia melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang menjamin tiada penapisan internet.
DAP kesal dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ahmad Shabery Cheek yang memulakan khidmat beliau dengan memungkiri janji BN supaya tidak akan menapis internet untuk mengawal mana-mana laman web. Di mana ‘Janji Ditepati’ BN?
Ahmad Shabery perlu memberi kebebasan kepada media dan akhbar dan bukannya cuba untuk terus mematahkan mana-mana ruang yang mengehadkan kebebasan akhbar yang terdapat dalam internet. seterusnya
Dalam kesempatan artikel itu, Guan Eng DAP (atau penulis beliau?) turut memburuk-burukkan Ahmad Shabery, satu karakter penulisan anak Kit Siang yang lumrah dan tidak asing lagi.
Ahmad Shabery tidak memberangsangkan dalam melaksanakan tugas beliau seperti sebelum ini sebagai Menteri Penerangan dan kemudian Menteri Belia dan Sukan, kerana dia tidak mempunyai pencapaian yang cemerlang untuk ditunjukkan. Walau bagaimanapun, cadangan beliau untuk mengawal internet menunjukkan bahawa beliau adalah lebih teruk daripada Tan Sri Rais Yatim kerana gagal mengambil perspektif nasional dan antarabangsa serta memenuhi kehendak kawasan UMNO dalam persediaan untuk pilihanraya parti UMNO akhir tahun ini.
Tetapi malangnya, sikap terburu-buru Guan Eng DAP yang menghentam Ahmad Shabery tertempelak balik ke muka beliau sendiri apabila laporan media bertarikh 3hb Jun 2013 telah menjelaskan bahawa kerajaan belum bercadang menguatkuasakan peraturan yang mewajibkan pemilik media sosial termasuk laman web berita di negara ini mempunyai lesen seperti dilaksanakan di Singapura.
Katanya, kerajaan lebih selesa mengkaji terlebih dahulu sejauh mana peraturan itu memberi kesan kepada Singapura dan sama ada pelaksanaannya bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang diamalkan di Malaysia.
Maksudnya, tiada lagi sebarang kata putus tentang isu ini dan kenyataan Guan Eng DAP yang kononnya 'Ahmad Shabery Cheek memulakan khidmat beliau dengan memungkiri janji BN supaya tidak akan menapis internet untuk mengawal mana-mana laman web' dan 'cuba untuk terus mematahkan mana-mana ruang yang mengehadkan kebebasan akhbar yang terdapat dalam internet' adalah tuduhan yang tidak wajar.
Home »
» TERKINI! GILIRAN MENTERI BARU KOMUNIKASI & MULTIMEDIA DISERANG PEMIMPIN PEMBANGKANG!
Catat Ulasan