Headlines News :
Home » » Halang royalti juga hina Agong?

Halang royalti juga hina Agong?

Written By petang hot on Khamis, 6 Jun 2013 | 10:34 PTG

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Gambar Pelakon Terbaik
Ketika negara dihebohkan dengan perbuatan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keengganan mengembalikan royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan dalam kategori sama.
Hal ini kerana, perkara sama pernah dititahkan oleh Sultan Kelantan di dewan negeri agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.

"Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan.

"Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja," tulisnya dalam Facebook hari ini.

Seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, kelmarin ditahan pihak berkuasa.

Siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger