Headlines News :
Home » » Misi jahat Kiram

Misi jahat Kiram

Written By petang hot on Khamis, 6 Jun 2013 | 10:39 PTG

Hamza Taib
Hamza Taib
"DIA minta bertemu seorang personaliti dan maklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui personaliti itu.
Kita ingat, bila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Selepas itu dia minta berjumpa pula abangnya pula, Ismail Kiram.

Untuk usaha ini, kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka.

Namun dia tetap tak mahu beralah.

 "Dia mahu kita iktiraf dia sebagai King of Borneo.

Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai King of Borneo, mustahil kita boleh iktiraf seperti yang dia mahu.
Macam-macam usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi dia masih  degil."

Begitulah sepintas bicara Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib, menceritakan kisah di sebalik usaha menyelesaikan  krisis tegang pencerobohan di daerah Lahad Datu oleh Pengganas Kiram yang mengemparkan negara di sepanjang Februari dan Mac lalu.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger