Parti Cinta Malaysia (PCM) membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan bersama lima ahlinya di Balai Polis Peraidi sini pada pukul 2 petang semalam.
Cheng Guan dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, laporan dibuat bagi membolehkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka.
"Perbuatan kumpulan individu tersebut jelas menghina Yang di-Pertuan Agong dan tidak menghormati institusi berkenaan," katanya.
Pada 1 Jun lalu, sekumpulan individu dalam laman sosial Facebook telah mempersendakan ucapan Seri Paduka sempena Hari Keputeraan baginda.
Catat Ulasan