Headlines News :
Home » » Kaum Cina Menjauhi Black-Out 505

Kaum Cina Menjauhi Black-Out 505

Written By petang hot on Sabtu, 22 Jun 2013 | 7:35 PTG

Siri Himpunan Blackout 505 sebelum ini menyaksikan kehadiran 90% kaum Cina dan hanya segelintir Melayu PKR, manakala Melayu PAS hampir tidak kelihatan langsung.
Tetapi, pada kemuncak himpunan ini yang ditukar nama kepada Black505, setakat jam 12.30 tengahari, pecahan kaum peserta yang sedang bersedia untuk merusuh, kembali ‘normal’ iaitu 90% Melayu dengan hampir tiada langsung Cina.
Dari 7 tempat berkumpul yang disenaraikan, hanya 1 sahaja yang menyaksikan peserta yang agak ramai iaitu sekitar 200 – 300 orang. Manakala di markas PAS Jalan Raja Laut yang turut disenarai sebagai tempat berkumpul masih lagi hambar. Secara purata, Melayu yang hadir kebanyakannya dari PKR dan penyokong PAS dari tahap yang paling benak.
Lebih kurang jam sebelum waktu puncak, keadaan di Chow Kit juga menyaksikan aktiviti normal tanpa tanda-tanda akan berlakunya demonstrasi.
Apakah ini petanda hitam bagi Anwar Ibrahim, sesuai dengan tema ‘black’nya?
Ketiadaan kaum Cina menyerlahkan lagi sifat sebenar kaum itu yang akan memperguna dan memperkuda siapa saja untuk mencapai matlamat mereka. Mereka hanya menjadi pencetus iaitu dengan menyebar kebencian dan hasutan, kemudian menyemarakkannya melalui siri-siri himpunan aman tetapi akhirnya menolak Melayu PAS dan PKR ke hadapan untuk berperang di barisan hadapan.
Kita tahu bahawa kaum Cina merasa ‘gayat’ dengan kemungkinan campurtangan tentera dalam rusuhan yang dirancangkan. Mereka juga ‘gayat’ dengan seruan jihad oleh Husam Musa.
Mereka sedar bahawa ‘jihad’ bermakna puak PAS sudah bersedia untuk bergadai nyawa, sedangkan kaum Cina tentu saja tidak sanggup berbuat demikian. Ungkapan ‘Cina takut mati’ terbukti berasas.
Jika sehingga ke waktu kemuncak masih lagi tiada penyertaan yang signifikan dari kaum Cina, maka Anwar Ibrahim wajar memikirkan semula kerjasama mereka dengan DAP. Ingatlah bahawa MCA telah menikam BN, dan DAP yang telah sedia menunggang PAS dan PKR tentu lebih mudah lagi untuk menikam Pakatan Rakyat.
Bayangkan, setelah puas berjuang bersama, tiba-tiba DAP hanya menghantar PKR dan PAS untuk berhadapan dengan polis dan mungkin juga tentera, sementara mereka duduk goyang kaki di rumah menunggu kesudahan. Sekiranya menang, mereka akan menjadi yang paling berkuasa, dan sekiranya kalah mereka tetap tidak rugi apa-apa. Jelas, DAP seperti juga MCA tidak wajar dijadikan sahabat.
Apapun, tepat jam 1.00 tengahari, iaitu sekarang, jumlah peserta di kesemua 7 tempat berkumpul hanyalah 2,000 orang. Apa barang nak guling kerajaan dengan 2,000 orang?
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger