
PULAU PINANG 10 Jun - Keluarga mangsa tragedi runtuhan tanjak konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan membuat keputusan untuk menyaman syarikat konsesi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB).
Adik kandung mangsa, Khairudin Zainal Abidin berkata, tindakan undang-undang akan dimulakan minggu depan bertujuan mendapatkan keadilan untuk keluarga mangsa.
"Tindakan undang-undang dilakukan untuk mendapatkan pembelaan dan pampasan yang setimpal untuk isteri pertama mangsa iaitu Shara Ismail, 44 dan isteri kedua, Shariffah Ramli, 40.
"Selepas kematian abang saya, kedua-dua isterinya hilang tempat bergantung. Mereka memerlukan sumber kewangan bagi menyara diri sendiri dan menanggung perbelanjaan persekolahan empat anak mangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Onlinedi sini hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 7.15 petang Khamis lalu, Tajudin Zainal Abidin, 45, yang juga bekas anggota polis maut akibat dihempap konkrit seberat kira-kira 300 tan selain turut mencederakan tiga yang lain.
- UTUSAN
Catat Ulasan