KUALA LUMPUR 10 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Red Bean Army agar tampil memberi maklumat segera bagi membantu siasatan.
Ketua Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, sehingga kini siasatan masih dijalankan dan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang diperuntukkan.
"Orang ramai diminta memajukan apa jua maklumat berkaitan perkara ini kepada pihak kami dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan.
"Elakkan daripada menyebarkan spekulasi di laman sosial yang boleh menjejaskan siasatan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
- UTUSAN
Catat Ulasan