Headlines News :
Home » » Kena Tahan Reman 2 Hari Pun Nak Kecoh?

Kena Tahan Reman 2 Hari Pun Nak Kecoh?

Written By petang hot on Isnin, 24 Jun 2013 | 5:46 PG


husam
Saya difahamkan bahawa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa telah ditahan reman selama 2 hari di Kota Bharu bagi membantu siasatan polis atas kenyataannya yang menfatwakan “mati syahid” pada peserta yang sertai huru-hara 505 di Padang Merbok baru-baru ini.
Apabila pemimpin kesayangan Nik Aziz itu ditahan polis, maka berduyun-duyunlah puak-puak PAS meraung dan meroyan sakan meminta pihak PDRM melepaskan Husam serta merta. Malah ada yang dikatakan enggan berganjak dari Padang Merbok selagi Husam tidak dilepaskan.
Laporan media juga memberitahu bahawa seramai 10 orang peguam sudah bersedia untuk mewakili Husam sekiranya dia disabit kes berhubung hasutannya yang mampu menimbulkan kekecohan sehingga membabitkan insiden “jihad”, “syahid” dan hilang nyawa itu.
Saya tertanya-tanya, bilakah puak-puak PAS di negara kita ini akan matang? Bilakah mereka akan belajar menghormati undang-undang?
Kalau Husam berani keluarkan kenyataan yang “daring” begitu, maka dia juga harus berani bertanggungjawab untuk memikul sebarang kesan dari kenyataannya itu. Kalau “fatwa”nya itu baik, takkanlah dia akan ditahan polis, bukan?
Sebelum ini sudah bertahun-tahun dia keluarkan kenyataan, tak sekali pun dia ditahan polis. Dan selepas dia “disisih” dari kepimpinan Kerajaan PAS Kelantan dan “meroyan” macam “ulama sesat”, barulah dia ditahan polis, kan? Penahanannya itu sudah tentu bersebab!
Lagipun, Husam ditahan reman untuk membantu siasatan saja. Maksudnya, dia tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah, bukan? Jadi, apa yang nak dikalutkan? Boleh tak kalau bertindak mengikut akal dan bukan kepala lutut?
Saya memandang tinggi kesediaan 10 peguam bagi membela Husam itu. Memang saya tahu ramai peguam di negara ini yang berpihak kepada Pakatan Haram, khususnya PKR. Maklumlah, Majlis Peguam berada di belakang mereka…
Lagipun, para pemimpin Pakatan Haram memang selalu sangat buat salah, sama ada dari sudut akhlak, perbuatan, percakapan lisan mahupun tindakan yang sering mencabar sistem perundangan di negara ini.
Bila begitu, sudah tentulah para peguam di Majlis Peguam itu senang “cari makan”, bukan? Setiap kesalahan pemimpin Pakatan Haram bererti “masyuuuukkk” bagi mereka dan sudah tentulah mereka suka kalau banyak kesalahan dilakukan…
Lebih-lebih lagi saya melihat kecenderungan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang selalu “kalah” dan hanya berani “mengenakan” pemimpin BN, lebih mudahlah peguam “cari makan” itu membela pemimpin Pakatan Haram itu, bukan?
Lihat saja bagaimana kes bicara Saiful Bukhari Azlan dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Khir Toyo, yang seolah-olah “sengaja” dikalahkan di dalam kes masing-masing. Maka tidak hairanlah peguam-peguam dan pemimpin-pemimpin Pakatan Hara itu “naik tocang”, kan?
Saya percaya, Husam tidak lama di dalam tahanan reman. Esok lusa keluarlah dia. Kalau dia disabit kes sekalipun, percayalah bahawa Husam akan didapati tidak bersalah dengan mudah di mahkamah nanti…
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger