Headlines News :
Home » » KERANA POLITIK RUKUN IMAN DIPERMAINKAN

KERANA POLITIK RUKUN IMAN DIPERMAINKAN

Written By petang hot on Rabu, 5 Jun 2013 | 3:59 PTG


 Jika yang melakukan sebagaimana di atas itu adalah tergolongan dari kalangan orang-orang Islam pasti dia akan menimun air panas yang menggelegak,dan ditimpa azab yang pedih bukan sahaja di akhirak malah didunia ini juga di yakini akan menerima kesukaran hidup.



Penulis bukanlah ahli hukum untuk menguraikan isu yang timbul di laman sosial sebagaimana yang tertera di atas,Namun begitu penulis sempat juga belajar seidkit sebanyak dengan beberapa orang guru dikampung mahupun dibandaraya Kuala lumpur.

Setiap ejekkan keatas rukun mahupun hukum yang telah ditetapkan  Allah membawa sesorang muslim terjerumus kelembah syirik yang sudah tentu pula berada bersama barisan orang-orang non muslim.

Setiap  perkataan yang keluar samada melalui lisan, ataupun tulisan ,seperti mencaci,  menghina,  merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan sesuatu yang telah tetapkan Allah ,  Baik pada namanya-Nya, Baik pada para Malaikat-malaikat-Nya,Baik pada  Rasul-rasul-Nya, Baik Kitab-kitab-Nya, Baik pada Ayat-ayat-Nya dan kepada segala Hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diperjelaskan oleh Rasul-Nya,

sesungguhnya  sesiapa dari mereka Islam yang telah melakukan itu telah rosak aqidahnya.

Jahiliyah agama sering mempersoalkan segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan yang di perjelaskan oleh para Rasul-Nya. 
  Antara persendaan yang sering menjadi hujah pada jahiliyah agama adalah

(1) "Hukum apa ini?"
(2) "Hukum ini sudah lapuk."
(3) "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."
(4) "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."
(5) "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?"
(6) "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?"
(7) "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?"
(8) "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju. "
 dan banyak lagi .

Ingatlah Firman Dia..



Surah al-An'am : 70: Bermaksud "Dan jauhkanlah diri kamu daripada orang-orang yan menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan dan mereka telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah mereka dengan al-Quran supaya mereka tidak terjerumus ke dalam azab neraka dengan sebab apa yang telah mereka usahakan (lakukan : perbuatan buruk dan keji). Tidak ada pelindung dan tidak juga di beri syafaat yang lain dari Allah.  Dan jika ia hendak menebus diri (taubat) tidak akan diterima lagi. Mereka itu akan disediakan minuman dari air panas yang menggelegak,dan ditimpa azab seksa di akhirat kerana mereka adalah golongan yang kufur"...
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger