KUALA LUMPUR - Negara-negara Asia digesa bekerjasama dalam menangani tiga cabaran utama iaitu perubahan iklim, konflik dan pembangunan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat.
Dalam menyentuh perkara ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga cabaran tersebut akan menguji keupayaan Asia untuk berdiri bersama-sama sebagai satu unit dengan komitmen untuk bekerjasama, pelaburan masa, sumber dan iltizam politik.
"Saya percaya kita akan melakukannya. Saya percaya dalam potensi Asia. Saya percaya dalam keupayaan Asia untuk menggunakan komunikasi di tempat konflik, mewujudkan peluang untuk semua dan bukannya kekayaan untuk sebilangan sahaja.
"Saya percaya kita boleh membuat seruan tegas yang diperlukan untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran pada zaman penguasaan," katanya dalam ucaptama pada jamuan meraikan perwakilan dan pelancaran rasmi Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-27 di sini malam ini.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembangunan Asia perlu inklusif, sambil memantau ketidaksamaan dan jurang yang semakin meningkat.

"Ia mesti mampan...bagi negara kuasa ekonomi baharu ia tidak boleh mengulangi kesilapan lampau. Keretakan hati politik dalaman Asia perlu sembuh, kurang serpihan di bawah bebanan perhatian dunia," katanya.
Ekoran komitmen tinggi negara-negara untuk bekerjasama, Perdana Menteri percaya negara-negara Asia akan berjaya dengan memperkukuhkan jalinan bukan hanya sesama sendiri tetapi juga dengan dunia yang lebih luas.
"Bagi negara saya, pengalaman telah mengesahkan jambatan antara budaya dan wilayah adalah kepercayaan kami dalam kerjasama merentasi sempadan," katanya.
Menyentuh tiga cabaran itu, Najib berkata cabaran paling besar untuk Asia hari ini adalah perubahan iklim ekoran taburan hujan tidak menentukan dan peningkatan paras lautan.
"Kesan kedua hasil perubahan iklim turut sama membimbangkan. Penekanan baru diletakkan ke atas sistem air, makanan dan jaminan. Dari segi strategik, ialah adalah ancaman pengganda, membesarkan risiko yang sedia ada, meningkatkan ketidakstabilan dan membuat konflik mudah tercetus.

"Melainkan risiko iklim dikawal, persaingan untuk sumber baharu, perubahan wilayah dan gangguan kepada corak perdagangan akan membuat dunia nyata kurang selamat," katanya.
Ekoran perubahan iklim semakin membebankan Asia, Najib menegaskan bahawa semua negara Asia perlu menghadapi perubahan iklim secara bersama-sama sebagai satu dunia.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata di bawah permukaan pertumbuhan dan pembangunan di Asia, wujud arus berbahaya nasionalisme, pencerobohan dan perpecahan dan jika ia dibiarkan, ia akan mengancam merungkai dekad-dekad keamanan dan kemajuan yang dikecapai selama ini.
Najib berkata pertumbuhan ekonomi Asia yang kukuh, yang dianggarkan pada kadar 5.7 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada Eropah, Afrika atau Amerika, kadang-kadang dikaburi dengan peningkatkan perbelanjaan ketenteraan.
Memetik Institut kajian Strategik Antarabangsa, katanya perbelanjaan pertahanan Asia bagi 2012 meningkat hampir lima peratus, memintas negara-negara Eropah dan NATO.
"Sementara perbelanjaan pertahanan harus berpadan dengan ancaman yang kita hadapi, kita tidak harus membiarkan rantau kita terjebak dalam perlumbaan senjata," kata perdana menteri.
Menyebut sebagai contoh ketegangan yang berlarutan di semenanjung Korea serta pertikaian sempadan di Kashmir dan keganasan di Thai Selatan, Najib berkata negara-negara Asia sentiasa menyambut baik kemunculan ramai rakan perdamaian.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan negara-negara tersebut agar berwaspada terhadap mereka yang melibatkan diri dalam pertikaian lebih besar di rantau ini.
"Penyelesaian konflik hendaklah diusahakan mengikut norma-norma diplomasi Asia yang menitikberatkan rundingan dan perbincangan. Tetapi memandangkan adanya perhatian global, kita harus berani membenarkan sedikit cahaya masuk ke bilik.
"Penglibatan menerusi konvensyen, perjanjian dan rundingan selalunya lebih baik daripada pemencilan," kata perdana menteri.

Oleh itu, Najib menasihat negara-negara Asia agar mematuhi prinsip-prinsip asas di mana diplomasi yang baik dijalankan, seperti soal kedaulatan, persamaan, hormat terhadap integriti wilayah, penyelesaian pertikaian secara aman dan faedah bersama dalam hubungan.
Mengenai resolusi aman, Najib berkata Malaysia dan Thailand, misalnya, telah memilih untuk menyetujui zon pembangunan bersama di Teluk Siam.
"Ia bukan penyelesain kekal tetapi bersetuju berkongsi kemakmuran - daripada membiarkan kita berpecah," kata beliau.
Walaupun perubahan di Asia telah mencetus cabaran strategik seterusnya, sesuatu yang tidak dapat diselesaikan menerusi diplomasi atau perjanjian ialah menghasilkan keselamatan sosio-ekonomi, kata Najib.
Ketika negara-negara Asia, termasuk Malaysia, berusaha menjadi negara-negara maju berpendapatan tinggi, mereka mesti menentukan bahawa pembangunan sosial tidak dikorbankan atas nama pertumbuhan. - Bernama

Catat Ulasan