Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa seluruh rakyat tidak membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan memandangkan pilihan raya umum sudah pun berakhir.
Menurut Perdana Menteri, rakyat seharusnya tidak perlu lagi menoleh ke belakang memandangkan negara perlu bergerak ke hadapan dan kerajaan perlu menumpu perhatian kepada usaha menunaikan amanah yang diberikan rakyat.
"Lebih sebulan berlalu selepas pilihan raya, masanya sudah tiba untuk tidak toleh ke belakang dan mesti mengorak langkah ke depan.
"Kita tidak boleh membuang masa dengan terlibat dalam politik berlebihan kerana ia akan mengalih pandangan daripada usaha yang besar iaitu menunaikan amanah yang diberikan rakyat untuk memastikan negara membangun lebih pesat," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Catat Ulasan