KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga pekerja mahir untuk membantu negara mencapai sasaran eksport produk perkayuan sebanyak RM52 bilion pada tahun 2020, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.
Pada masa sekarang, industri perkayuan negara mempunyai seramai 300,000 tenaga pekerja dan hasil eksport produk kayu-kayan Malaysia telah pun mencecah RM20.2 bilion pada 2012 dan produk kayu dalam bentuk perabot menjadi penyumbang terbesar iaitu sekitar RM6.55 bilion.
Katanya selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada 2020, Lembaga Perindustrian Perkayuan Malaysia (MTIB) dan Kementerian Pelajaran sedang bekerjasama untuk menghasilkan tenaga pekerja mahir yang berdaya saing serta mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf industri.
"Saya yakin dengan usaha begini, ia akan mengubah landskap pekerjaan dengan mempertingkatkan bilangan tenaga pekerja mahir daripada 28 peratus kepada 35 peratus di peringkat nasional," katanya ketika berucap di Majlis Sekalung Budi ke 40 MTIB di sini.
Sesuai dengan sasaran Malaysia yang meletakkan harapan yang tinggi dalam eksport perkayuan, beliau menyeru usahawan industri kecil dan sederhana terutama bumiputera melibatkan diri dalam bidang itu, katanya.
Beliau juga berharap MTIB dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta agensi berkaitan untuk bekerjasama dengan pihak industri bagi mengembangkan lagi pasaran kayu-kayan ke negara berpotensi.
"Selain itu penjenamaan dan reka bentuk produk harus diberi perhatian oleh kerajaan kerana dengan cara ini Malaysia mampu dikenali oleh negara-negara luar melalui produk kayu yang ditawarkan," katanya.
Pengeluaran produk kayu bernilai tambah tinggi dapat melonjakkan lagi pendapatan dengan penekanan terhadap pengeluaran berkonsepkan ODM (Original Design Manufacturing) dan OBM (Original Brand Manufacturing), katanya.
Muhyiddin turut mengariskan empat elemen yang perlu ada untuk membolehkan industri kayu Malaysia bergerak ke arah yang ditetapkan dan ia adalah:
* penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan
* penggunaan teknologi terkini ke arah automasi pengeluaran
* pembangunan modal insan untuk menyokong langkah transformasi dan
* inovasi bagi produk dan sistem pengeluaran.
"Saya ingin melihat industri ini bergerak pantas serta dapat terus berkembang secara mampan agar ia dapat membantu memaksimumkan sumbangan kepada pembangunan negara, saya juga berharap MTIB dapat membantu negeri Sabah dan Sarawak dalam meningkatkan lagi aktiviti nilai tambah produk kayu," katanya.
Katanya pada masa sekarang, Johor terutama Muar menyumbang kira-kira 50 peratus eksport perkayuan negara dalam bentuk perabot.
Beliau juga mengarah MTIB untuk terus responsif bagi menangani banyak cabaran terutama di peringkat antarabangsa dan nasional yang berkait dengan isu-isu perdagangan, kempen anti kayu-kayan tropika, pembalakan haram, isu pembekalan dan penyeludupan. - Bernama

Catat Ulasan