Makin lama makin ramai suspek atau pesalah yang ditahan dalam lokap meninggal dunia sama ada kerana mati mengejut ataupun akibat dipukul oleh pihak polis sewaktu menjalankan siasatan.
Saya akur memang pesalah yang ditahan oleh pihak polis dan mereka mempunyai hak untuk menyoal siasat bagi mendapatkan maklumat . Saya juga tahu ketahap mana mereka akan pergi jika ingin mendapatkan maklumat penting daripada seseorang penjenayah tetapi memukul sehingga tenat adalah kaedah tidak sesuai dan patut diabaikan oleh pihak polis.
Saya faham perasan pegawai polis yang muak untuk tengok penjenayah kesalahan berat yang sama, selalu keluar masuk balai kawasan mereka.
Siapakah kebanyakkan si mati ini? Pembunuh, perogol, peragut penghisap dan pengedar dadah. Kebanyakkan masyarakat sememangnya mahu golongan ini untuk terus ghaib dari muka bumi.
Tak percaya, pergi tanya dengan sesiapa sahaja rakyat biasa, apa pendapat mereka tentang penjenayah semua ini?
Rata – rata akan menjawap lebih baik mereka mati ditangan polis daripada membunuh sebilangan besar masyarakat yang lain.
Kehilangan satu nyawa jahat adalah lebih baik daripada mengorban berpuluhan yang lain.
Ada yang akan marah dengan penulis selepas membaca artikel ini tetapi sedarkah anda bahawa isu kematian dalam lokap ini diapi – apikan oleh pihak pembangkang khususnya dari Parti Keadilan Rakyat demi kepentingan politik mereka?
Catat Ulasan