Headlines News :
Home » » NFCorp Saman Rafizi & Portal Malaysiakini.com

NFCorp Saman Rafizi & Portal Malaysiakini.com

Written By petang hot on Khamis, 27 Jun 2013 | 10:08 PG

Selepas bermacam-macam fitnah yang ditabur oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi bin Ramli, terhadap National Feedlot Corporation (NFCorp) Sdn Bhd, akhirnya Pengerusi NFCorp mengambil tindakan menyaman Rafizi.
Datuk Seri Dr Mohamad Salleh bin Ismail juga turut memfailkan saman pada 3 Jun lalu terhadap portal berita, Malaysiakini.com yang bertindak sebagai saluran utama sebaran fitnah Rafizi itu.
Kisah NFCorp ini bermula pada 7 Mac 2012 di mana Rafizi telah mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR dan mendakwa NFCorp telah membuat 8 pinjaman duit untuk pembelian hartanah di KL Eco City.
Rafizi mengatakan NFCorp telah menggunakan wang deposit pinjaman yang dibuat dari kerajaan itu sebagai jaminan di bank.
Selain itu, Rafizi juga gembira mendedahkan Mohamad Salleh tidak mempunyai simpanan wang yang banyak dalam bank dan tidak layak sebenarnya membuat sebarang pinjaman.
Anak didik Anwar itu juga mendakwa Pengerusi NFCorp telah gagal membuat bayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011 hinggakan dikatakan mampu untuk mengugat deposit pinjaman kerajaan.
Dalam sidang media itu juga Rafizi telah mengedarkan maklumat sulit perbankan milik Mohamad Salleh, iaitu dari Public Bank Berhad sebagai bukti utama penyebaran fitnahnya.
Secara tidak langsung dari tindakan Rafizi itu, beliau sendiri telah melanggar undang-undang BAFIA.
Hakikatnya, segala tuduhan yang dibuat oleh Rafizi itu sama sekali tidak berasas dan tiada bukti.
Dalam setiap fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi, Mohamad Salleh menegaskan tiada sebarang pinjaman pernah diambil daripada pihak bank untuk pembelian lapan hartanah di KL Eco City.
Menerusi peguam beliau juga, situasi di mana kegagalan untuk membuat bayaran pinjaman semula pada dua bulan yang didakwa Rafizi juga tidak berlaku kerana tercatat dalam Perjanjian Jual Beli (S & P Agreement) untuk lapan hartanah KL Eco City hanya ditandatangani pada 15 Disember 2011.
Sekali gus menegaskan bahawa tiada sebarang pinjaman yang diambil dari bank untuk hartanah KL Eco City pada masa yang dinyatakan.
Dalam saman ini, Mohamad Salleh telah menuntut kerugian dari segala sudut pebombohongan dan penyebaran fitnah, putar belit maklumat, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh kedua-dua defendan (Rafizi & Malaysiakini.com).
Mohamad Salleh juga menuntut menuntut gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk, faedah, kos-kos dan relif-relif lain yang mana mahkamah rasakan sesuai serta manfaat kepada NFCorp.
Satu perintah injuksi terhadap Rafizi dan Malaysiakini.com juga dimohon bagi menghalang sebarang kenyataan, ucapan, penerbitan semula dan idea berkenaan pembelian 8 hartanah KL Eco City dengan menggunakan maklumat-maklumat peribadi perbankan plaintif untuk berbohong, mengelirukan, menipu dan menimbulkan amarah rakyat.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger