Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar Pakatan Rakyat yang enggan mengikut nasihat pihak berkuasa agar mengadakan perhimpunan di tempat tertutup.
“Pakatan Rakyat sepatutnya ikut saranan pihak berkuasa mengadakan Perhimpunan di kawasan tertutup seperti Stadium Merdeka. Ini tidak akan menyusahkan orang ramai dan pihak berkuasa. Jangan ikut undang-undang rimba.”
Tengku Adnan juga menegaskan bahawa satu laporan polis akan dibuat jika mereka meneruskan perhimpunan di Padang Merbuk petang ini dan berharap pihak Polis akan mengambil tindakan tegas.
“Kita berharap mereka mengubah ke Stadium Merdeka dan bersedia membenarkannya walaupun di saat akhir.”
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan mengejut ke Padang Merbuk sebentar tadi. Padang Merbuk merupakan kawasan yang dirancang untuk perhimpunan haram petang ini.
Catat Ulasan