Headlines News :
Home » » PPP tangguh Perhimpunan Agung

PPP tangguh Perhimpunan Agung

Written By petang hot on Ahad, 30 Jun 2013 | 1:11 PG

Datuk M.Kayveas
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung ke-60 Parti Progresif Penduduk (PPP) ditangguhkan dan akan diadakan serentak dengan pemilihan parti dijadualkan sebelum 2 Jun tahun depan.
    
Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti hari ini memutuskan demikian memandangkan tempoh lima tahun untuk pemilihan berjalan sehingga Jun 2014.
    
"Kali terakhir pemilihan parti diadakan pada 2009. Oleh kerana pada perhimpunan agung tiada banyak aktiviti dan keputusan dibuat, maka mesyuarat hari ini memutuskan untuk menangguhkan perhimpunan agung tahun ini dan dilaksanakan pada masa sama dengan pemilihan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT PPP 03/2013 di sini.
    
Mesyuarat itu juga memutuskan supaya PPP menubuhkan jawatankuasa kecil diketuai Penolong Setiausaha Agungnya Simon Sabaphaty untuk membuat beberapa pindaan pada perlembagaan parti.
    
Beliau berkata antara pindaan ialah mengurangkan jumlah lantikan anggota MT seramai 45 orang ketika ini kepada jumlah yang lebih sesuai.
    
Selain itu, Kayveas berkata parti juga akan memilih Anggota Jawatankuasa setiap Dewan Undangan Negeri bagi membantu bahagian dan cawangan dalam menyelaras aktiviti dan perjalanan parti di setiap negeri. - Bernama
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger