Headlines News :
Home » » Sampai Bila Anggota Polis Perlu Jadi ‘PunchBag’ Pembangkang?

Sampai Bila Anggota Polis Perlu Jadi ‘PunchBag’ Pembangkang?

Written By petang hot on Isnin, 24 Jun 2013 | 7:02 PTG


ganas

Pasti ramai yang tersentuh apabila melihat beberapa keping gambar yang memaparkan kecederaan anggota polis tersebar dengan meluas sejak dari pagi tadi. Malah melalui komen-komen yang diterima, rakyat jelas marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan biadap dan kurang ajar pakatan pembangkang yang cuba mencabar pihak berkuasa dengan kekerasan.
 
Sekiranya sebelum ini, kita sering dimomokkan dengan cerita kononnya Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering bertindak dengan tidak mengikut peraturan dan undang-undang, kini apabila pihak PDRM mula berlembut, ia telah dibalas dengan sepak-terajang sehingga mencederakan beberapa anggota tersebut.
 
Insiden yang tercetus di hadapan pintu masuk Parlimen pagi tadi itu, apabila sekumpulan ahli dan penyokong pembangkang yang kononnya mengelarkan diri mereka sebagai aktivis telah bertindak keterlaluan dengan merempuh sekatan yang telah dilakukan. Walaupun amaran telah dikeluarkan beberapa kali, namun ternyata mereka sengaja ingin memprovokasi pihak berkuasa dengan  tindakan tersebut.
 
Mereka yang dipimpin oleh bekas calon PKR bagi kerusi Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin, bekas pelajar yang sering berucap di atas pentas pembangkang, Adam Adli dan Safwan Anang telah bertindak liar dengan berbaring di atas jalan raya kononnya untuk menzahirkan bantahan. Tidak cukup dengan itu, kira-kira sejam kemudian mereka telah bertindak merempuh dan bergelut dengan polis sebagai cubaan untuk merempuh sekatan yang diadakan.
 
Ekoran tindakan tersebut beberapa anggota polis telah mengalami kecederaan kerana ditumbuk dan diterajang oleh mereka-mereka yang kononnya berjuang untuk rakyat. Namun persoalannya, di saat mereka sedang bergelut di luar dengan tuntutan kononnya Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) telah melakukan penipuan, kesemua ahli-ahli parlimen dari pakatan pembangkang hadir untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat.
 
Rasionalnya, sekiranya benar pihak SPR telah melakukan pilihan raya apa perlunya untuk mereka mengangkat sumpah? Bukankah itu telah membuktikan bahawa mereka telah bersetuju dengan keputusan yang dibuat rakyat?
 
Apa yang boleh dikatakan ialah, ini hanyalah sebahagian dari drama dan sandiwara yang dipentaskan oleh Anwar Ibrahim bagi mengelabui mata dan hati masyarakat. Dari satu segi dia membantah kononnya kemenangan pakatan pembangkang telah dicuri, namun dari satu segi pula dia pada hakikatnya aku dan menerima keputusan tersebut namun malu untuk mengakuinya.
 
Berbalik kepada isu anggota polis dipukul tadi, diharapkan kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang telah melakukan kesalahan ini. Sampai bilakah majoriti rakyat yang cintakan keamanan perlu melihat laporan seperti ini?
 
Sebagai contoh, ketika himpunan ‘Black505’ dua anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya nyaris menjadi korban ekoran tindakan liar peserta himpunan. Nasib baik pada ketika itu beberapa orang anggota polis turut berada di kawasan sekitar, kalau tidak sudah pasti mereka akan dipukul setengah mati.
 
Apakah pihak kerajaan ingin melihat peristiwa Lahad Datu berulang? Setelah ada yang gugur dan menjadi korban baru kelihatan tindakan yang menyeluruh dijalankan. Usah lagi berlembut dan hanya mampu memberikan amaran demi amaran, sedangkan di masa yang sama mereka yang biadab ini semakin berani untuk bertindak di luar batasan.
 
Kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri yang baru, mohon segera mengambil tindakan!!!
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger