Wabak jerebu sudah sampai ke peringkat bahaya. Dua negara yang mengalami kerugian beratus juta ringgit kesan daripada jerebu yang melanda, membuatkan semakin ramai yang berani angkat suara dan mula menyalahkan kepimpinan negara masing-masing.
Dalam hal ini, PAP di Singapura lebih pantas bertindak untuk menutup kelemahan mereka. Parti pemerintah tersebut menerusi Perdana Menteri Singapura telah memberi amaran yang keras terhadap syarikat-syarikat perladangan negara itu yang terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia dengan ancaman hukuman berat. Bahkan Singapura turut memberi kebenaran kepada kerajaan Indonesia untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana entiti yang berkaitan dengan Singapura yang terlibat dalam pembakaran secara terbuka, untuk dikenakan hukuman.
Titik panas yang dikesan menerusi satelit telah berganda menjadi 188 tempat. Hari ini, Malaysia menerima tempias jerebu yang lebih buruk berbanding Singapura, memandangkan saiz Malaysia yang jauh lebih besar berbanding Singapura dan aktiviti-aktiviti seharian yang trafiknya lebih melebar.
Pada masa yang sama, Singapura mulai terselamat apabila angin bertiup dari arah baratdaya, sekaligus membawa jerebu menyeluruh ke Semenanjung Malaysia dengan kesan paling besar menimpa Johor dan Melaka. IPU di Lembah Kelang, Negeri Sembilan dan Pahang sudah mula meningkat ke paras kuning.
Ramai yang menyalahkan pentadbiran Najib Abdul Razak kerana lambat bertindak sekalipun Malaysia sudah mulai menyusun bantuan kepada Indonesia bagi mengatasi masalah jerebu yang berpunca daripada pembakaran tanah gambut dan ladang untuk penanaman semula.
Barangkali kerana tidak memberikan penerangan yang efektif kepada rakyat Malaysia, ramai yang menganggap Najib tidak berbuat apa-apa pun untuk mengatasi masalah jerebu tebal yang menjejaskan kesihatan.
Hakikatnya Najib Abdul Razak atas kapasitinya selaku Perdana Menteri telah menghantar surat kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhiyono, membenarkan tindakan keras menggunakan undang-undang terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam pencemaran alam itu. Syarikat-syarikat berkenaan yang sebahagiannya turut melibatkan kawan-kawan Anwar Ibrahim yang lari ketika tahun 1997 dahulu, tidak tertakluk kepada undang-undang Malaysia, sekaligus membebaskan mereka daripada sebarang hukuman di negara ini. Tetapi mereka tertakluk kepada undang-undang alam sekitar Indonesia.
Pada masa yang sama, Najib Abdul Razak juga telah mengerahkan Menteri yang berkaitan agar, G.Palanivel untuk bertemu rakan sejawat di Indonesia bagi membincangkan perihal jerebu.
Presiden Indonesia pada masa yang sama, telah meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura kerana jerebu yang berpunca dari negaranya. Pada masa yang sama, Presiden Indonesia itu cuba mengelak daripada berkonfrontasi dengan syarikat-syarikat perladangan asing yang melabur di negaranya apabila menyindir pegawai-pegawainya yang menyebut secara jelas tentang syarikat-syarikat asing yang telah melakukan pembakaran tersebut.
Punca jerebu adalah daripada sikap tamak dan cubaan mengaut keuntungan besar dengan penjimatan kos. Sama ada Indonesia memandang enteng perkara berkenaan atau sebaliknya, kesan yang akan dipikul adalah rakyat Malaysia dan negara-negara jirannya.
Justeru, Malaysia sebenarnya tidak harus melepaskan beban dan tugasan kepada Indonesia semata-mata. Sekiranya terdapat syarikat-syarikat milik Malaysia yang telah terbukti melakukan perbuatan tersebut, seharusnya ada undang-undang yang boleh dikenakan kepada pemilik-pemilik syarikat perladangan tersebut, tidak kiralah sama ada mereka penyokong Barisan Nasional, APATAH LAGI SEKIRANYA MEREKA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT!
Perlu diingat, kebanyakan syarikat perladangan Malaysia yang berada di Indonesia merupakan ‘pembersih wang’ Anwar Ibrahim ketika dia didakwa melarikan not-not kertas bernilai seribu ringgit dan lima ratus ringgit dahulu.
Antara pemilik ladang kelapa sawit terbesar di Indonesia terutama sekali di Sumatera dikatakan, Kamaruddin Jaafar, proksi Anwar Ibrahim semasa di dalam UMNO dan menjadi trojan horsenya dalam PAS terutama sewaktu Kamaruddin Jaafar menjadi Setiausaha Agung PAS sebelum Mustafa Ali. Turut dikatakan memiliki ladang kelapa sawit yang besar di Indonesia adalah Saifuddin Nasution dan Azmin Ali.
Kalau Malaysia mula mengambil langkah tegas dan keras ke atas syarikat-syarikat perladangan dari Malaysia ini, agak-agak siapa yang akan memekak dan siapa yang paling kuat melalak?
Anda boleh agak, tak?
Catat Ulasan