Headlines News :
Home » » Suami isteri rugi RM10,000

Suami isteri rugi RM10,000

Written By petang hot on Ahad, 13 Oktober 2013 | 11:36 PTG

Suami isteri rugi RM10,000

BENTONG - Seorang suri rumah terkejut kerana rumah yang ditinggalkan tidak sampai lapan jam dimasuki pencuri dalam kejadian pagi kelmarin.

Peniaga, Lee Sen Hong, 50, berkata, isterinya keluar rumah kira-kira jam 8.20 pagi untuk menghantar anak ke sekolah.

Menurutnya, isterinya kemudian pergi bersarapan dan membeli barang keperluan di Pasar Bentong.

“Isteri saya pulang ke rumah kira-kira jam 2.30 petang dan mendapati pintu pagar rumah sudah rosak.

“Apabila dia masuk ke rumah, keadaannya berselerak dan mendapati beberapa barang hilang,” katanya.

Seng Hong berkata, antara barang yang hilang adalah TV plasma, komputer riba, telefon bimbit, kamera jenis Canon, barang kemas dan cincin serta ipad 2.

Katanya, dia telah dimaklumkan menerusi panggilan telefon berhubung kejadian itu oleh isterinya semasa sedang berniaga di kedai.

“Kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000,” katanya.

Sehubungan itu, Sen Hong membuat laporan polis berhubung kejadian  di Balai Polis Bentong kira-kira jam 4.45 petang hari yang sama.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger