Headlines News :
Home » » Transformasi Umno selamatkan cawangan nazak

Transformasi Umno selamatkan cawangan nazak

Written By petang hot on Ahad, 13 Oktober 2013 | 10:49 PTG

Muhammad Rozi Malim

SHAH ALAM – Transformasi yang dilaksanakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu baik di peringkat bahagian mahupun pusat telah menyelamatkan banyak cawangan daripada pupus.

Pengerusi Pemilihan Pergerakan Puteri Umno Bahagian Shah Alam, Prof Dr Muhammad Rozi Malim berkata, walaupun langkah itu agak lewat namun ia ternyata berkesan bagi memperkasakan Umno khususnya di Selangor agar kekal relevan dan diterima rakyat pada masa akan datang.

“Dalam sejarah negara, parti Umno pertama kali membuat pemilihan melibatkan cawangan di mana bermula dengan mesyuarat cawangan di kesemua bahagian 191 bahagian yang tamat 15 September lalu.

“Pada masa sama saya sebagai pemantau di Shah Alam melihat banyak cawangan yang boleh dikatakan sudah hampir mati dapat dihidupkan kembali.

“Itu langkah yang sepatutnya dimulakan lebih awal lagi dan saya yakin dengan apa yang berlaku dapat meremajakan semula Umno menjadi parti yang benar-benar relevan untuk orang Melayu," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Pejabat Umno Bahagian Shah Alam, hari ini.

Pemilihan Umno 2013 adalah antara transformasi yang dijanji oleh Presidennya bagi membolehkan lebih ramai ahli Umno turut terbabit dalam menentukan pucuk kepimpinan parti berbanding apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis lalu, keterbukaan Umno telah memberi ruang kepada ahli di peringkat cawangan serta kepimpinan parti menjadikan Umno sebagai sebuah parti yang terus relevan bukan sahaja kepada ahlinya malah untuk seluruh rakyat.

Katanya, bagi sesebuah parti yang sudah melangkaui usia melebihi setengah abad pasti akan mengalami zaman suramnya, tetapi berbeza dengan Umno apabila terus berusaha untuk terus menjadi wadah perjuangan selari dengan perkembangan semasa.

“Dalam sejarah, mana-mana parti yang pemerintah atau parti politik yang melebihi usia 50 tahun, pasti akan menghadapi zaman muramnya, tetapi alhamdullilah tidak dengan Umno kerana kita sentiasa berusaha untuk meremaja dan merelevankan dengan situasi semasa,” katanya.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger