Headlines News :
Home » , » Carian MH370 dihentikan di koridor utara

Carian MH370 dihentikan di koridor utara

Written By petang hot on Selasa, 25 Mac 2014 | 9:17 PTG

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa pencarian telah dihentikan di koridor Utara.

Tambah beliau, operasi pencarian di bahagian utara koridor selatan turut dihentikan bagi menumpukan usaha pencarian ke selatan Laut Hindi.

"Usaha pencarian di koridor utara telah pun dihentikan, pihak kami juga telah memutuskan untuk menghentikan operasi mencari di utara koridor selatan iaitu berdekatan dengan Indonesia.

"Ini bagi membolehkan semua pihak menumpukan perhatian dan carian di lokasi di mana MH370 mungkin berada," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya, kesemua usaha mencari pesawat terbabit kini bertumpu di bahagian selatan Laut Hindi.

"Ianya kawasan yang meliputi 469, 407 kilometer nautika persegi, namun pihak kami sedang berusaha untuk mengecilkan kawasan carian," katanya.

Dalam pada itu, pihak Korea telah mengerahkan dua pesawatnya ke Perth bagi membantu kerajaan Australia mengesan serpihan objek manakala enam kapal pengesan dari China akan dijadualkan tiba pada pagi esok.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger