KUALA LUMPUR - Angin kencang Barat Daya yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah (Kudat), Pantai Barat dan Pedalaman serta Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga Ahad ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataanya di sini hari ini memaklumkan keadaan angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam (Kmsj) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu adalah berbahaya bagi sebarang aktiviti rekreasi dan sukan laut serta bot-bot kecil.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan perairan Samui, Labuan, Selat Melaka Utara dan Sulu.
Menurut kenyataan itu, angin kencang Barat Daya kategori kedua dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Phuket, Condore, Layang-layang, Reef North dan Palawan turut dijangka berterusan sehingga Ahad ini.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk aktiviti menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Catat Ulasan