Headlines News :
Home » » Tabung Haji jamin utamakan warga emas

Tabung Haji jamin utamakan warga emas

Written By petang hot on Khamis, 10 Julai 2014 | 4:59 PTG

Tabung Haji

TEMERLOH - Tabung Haji memberi jaminan mereka yang belum menunai haji terutamanya warga emas akan diberikan keutamaan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, Prof Emeritus Tan Sri Dato Dr Abdul Shukor Husin berkata, sehingga ini sebanyak 1.5 juta umat Islam berdaftar dengan Tabung Haji untuk menunai haji ke Tanah Suci, namun hanya 25,000 orang jemaah dari negara ini dibenarkan Kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan haji setiap tahun.

"Dianggarkan lebih 25,000 umat Islam berdaftar dengan Tabung Haji setiap bulan untuk menunaikan haji dan mereka terbabit diberi jaminan untuk menunai ibadat haji.

Prof Dr Abdul Shukor memberitahu, Tabung Haji menyediakan subsidi RM130 juta kepada jemaah haji tahun ini bagi meringankan kos perbelanjaan haji yang semakin meningkat.

"Tabung Haji menanggung subsidi RM6,175.00 tiap seorang supaya bayaran haji dapat dikekalkan pada RM9,980 seorang dan jika tidak ada subsidi bayaran dikenakan adalah sebanyak RM16,155 seorang," katanya ketika berucap menyampaikan sumbangan Zakat Ehsan Tabung Haji Peringkat Negeri Pahang Tahun 2014 di Masjid Abu Bakar Temerloh hari ini.

Sebanyak 284 orang terdiri daripada golongan asnaf miskin dan fakir seluruh Pahang menerima sumbangan zakat membabitkan jumlah RM142,000.

Sementara itu, beliau berkata, Tabung Haji akan terus melebarkan pelaburan di dalam dan luar negara dalam usaha meningkatkan lagi kegiatan ekonomi dan menambah asetnya.

Sehingga ini, Tabung Haji mempunyai aset bernilai lebih RM50.bilion membabitkan perladangan dan harta tanah.

Di Tanah Suci, Tabung Haji turut melabur dalam bidang perhotelan serta membina dua hospital bagi kemudahan rawatan kepada jemaah haji Malaysia.
Share this post :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Petang Hot - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger